Jumaat, 25 Februari 2011

Berjimba Di Ice Room Sri Gombak

dah lama tak jumpa my girlfriends. sejak majlis perkahwinan Ann dulu 25 Dec 2010..lama tu....

so kali ni nak berjumpa di Ice Room seperti yang Mimy cadangkan. jadi pilih hari Khamis sebab semua orang free masa tu.

aku OT tiap2 hari sejak audit. jam 8pm dah blah. Ann laki kerja shift malam, tapi sebab stuck jammed kat KL jadi sampai rumah jam 8 malam. Jam 8 malam, Reen pulak masih tunggu suami balik dan dia kepenatan sebab tender sampai jam 1 pagi semalaman buat kerja..Mimy pulak handphone dia bengong...telefon rumah pulak engaged memanjang. tekalah..mestila aku yang sampai dulu dengan baju kerja yang memang tah ape2...hahahaha..

lama benar tunggu masing2..dah masuk kedai..keluar balik. duduk kat kereta dah setengah jam. last2 aku masuk order makanan sebab lapar gila. aku ni kalau dah lapar tak dapat tahan lama2..aku tak boleh tunggu orang dah...

maka aku pun mengorder makanan ini...

mayonis dan thousand island dia memang terbaik.sedap betul. fish filet tu pun tak berminyak sedap sangatla...teringat full house punya...harga kat sini RM13.90.

kemudian masa makan2 tu Ann pun sampai..dia order punyalah lamaaaa....10 minit baru nak tulis..sabor je...aku pulak makan je sampai lambat pulak aku nak bersalam dan mwah2 dengan Ann..hehe..kemudian Mimy tiba...kemudian Reen dengan anak bujang dia Adam. eh eh ada budak laki pulak!..

mukadimah cerita...Mimy la...tapi sebelum tu nak tunjuk makanan yang di order Ann.

 mee tomyam
 ini minuman Mimy..pengacau dia nampak menarik pulak.
 lemon panas tapi diisi dalam gelas begini. bukan patut cawan ker?
 aku dan black coffee RM2.50



 Adam awal2 dah mintak ice cream
 Mimy dan makanan tapi nampak rupa macam.....
tengah dengar Ann bercerita ni.

 kami share blueberry ice cream. sedap..macam tak cukup pulak..hahahah

 Adam tambah makan lagi...mama dia layan borak je dan meluahkan perasaan tak habis2..
Mimy memang suka budak2. aku doakan dia dan Ann cepat pregnant..

kami berborak2 dari duduk dalam pindah keluar sebab sejuk. kemudian borak lagi...tak abis2...sampaila kedai tutup jam 12 malam. tak habis cerita juga. sambungla nanti jumpa lagi...letih.....esok kerja lagi..huwaaaaa....

ini adalah kejadian hari khamis 24 Feb 2011 di Ice Room, Sri Gombak.

3 ulasan:

  1. kire tgh hot jugakla ice room ni ye...ramai yg dh pegi n publish kt blog...promosi free utk IR.hihihi..

    BalasPadam
  2. yer bagi pemakan dan pencuba makanan ke retoran baru macam saya ni..memang untungla pengusahanya...jadi sila jual makanan sedap2. nak buat untung biar ikhlas...hehe

    BalasPadam
  3. Kak AZie pun pernah buat entri tentang “sudu pengacau” IceRoom yang sangat unik lagi menarik...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.