Khamis, 17 Februari 2011

Melihat Lelaki Dipergunakan Oleh Perempuan

lelaki suka perempuan. lelaki akan mulakan dengan sapaan. atau malu dia tanya kawan dia. bila ada green light lelaki akan tegur2 bila terserempak. soalan2 yang basi2 seperti dah makan? cantik hari ni? dan itu menjadi rutin.

bila perempuan suka, mereka tak tunjuk. mereka bersikap sombong. kalau suka disapa, perempuan akan melayan.."aah..dah makan...awak? dan macam2. lelaki akan rasa dirinya telah wujud dalam kepala otak perempuan itu.

perempuan tak berkenderaan, lelaki mahu tumpangkan. perempuan tak percaya tapi setelah dipersetujui rakan2 perempuan, perempuan akan tumpang. sebab kawan2 perempuan tahu perangai lelaki itu. baik.

kemudian lama2 selalu menumpang, perempuan rasa seronok. sebab tak perlu susah payah naik bas, teksi..buang duit dan buang masa je. dalam kereta berdua je takpun bertiga jika ada rakan perempuan lain nak tumpang sama. boleh jadi yang ketiga syaitan juga. hehe.

kemudian perempuan diingatkan, jangan selalu menumpang. nanti termakan budi. perempuan tersedar. dia berhenti menumpang. lelaki tak benarkan. dia suka hantar perempuan balik. baginya tak apa. buang minyak..buang masa atas jalanraya yang sesak..sebab masa bersama itu penting. lelaki nak kenal lebih rapat. lelaki mahu menyelami hati perempuan. dia nak tengok dia ada chance tak?

perempuan mengalah. akhirnya bila perempuan kena balik lambat, lelaki sudi jemput dan hantar balik even rumah masing2 lain jalannya. bila bercuti dihujung minggu lelaki datang nak bawa keluar makan. perempuan serba salah. perempuan sedar lelaki ini telah menyukainya lebih dari seorang kawan. perempuan tak mahu keruhkan hubungan baik ini. dia hanya mahu berkawan baik. lelaki fahamkah?

lelaki buat2 tak faham. telah menjadi rutinnya menghantar perempuan balik. dan sms serta panggilan pagi dan petang bertanya khabar telah mencetuskan kontroversi. kerana setiap hari dia lakukan seikhlas hati. namun perempuan tiada perasaan langsung padanya.

lelaki sedarkah dirinya dipergunakan? atau hanya kecewa apabila perempuan menunjukkan kekasih hatinya?

6 ulasan:

  1. lelaki ni kadang2 ada yg jenis blurr..kita dah tunjuk dgn perbuatan pun masih tak paham2..lepas tu bila kita berterus-terang dikatanya kita perempuan tak mengenang budi..adeh!

    BalasPadam
  2. kalO dh bekenan tuh kena LEKAS..jgn dok lengah..kang ada PILIHAN lain..ermm gget jariklaa..time tuh takmo erk.ungkit itu ini kan...ermmmmmmm

    kekadang tuh nak berahsia tak kena gaya.....takottt telebey...ahahah

    BalasPadam
  3. salam
    oo gitu yek pompuan mengekploitasi lelaki ek...

    tapi rasanya kalau awal awal cakap "Hanya Kawan" pada lelaki tu takde masalah kot. yang payahnya nak berterus terang tu takut terasa HATI, sedangkan HATI sendiri taknak jaga ..last last esok nak kawin hari ni lari dari rumah sebab takut nak berterus terang.pastu masuk Kosmo ngan Metro..hehehe

    BalasPadam
  4. ehehe...zaman skang ni mmg kena trus terang...takble sinis2...mmg tak paham n bebuat tak paham.atau mungkin dia paham tp dia nak jugak...sggup buat apa je walaupun dh ala2 cam eksploitasi tp demi perasaan tu sme tolak tepi...

    BalasPadam
  5. inilah apa yang jadi kat ema. HA-HA-HA. T.T

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.