Ahad, 6 Februari 2011

Makan2 Tengahari di Melaka

hari pertama makan di sebuah restoran nama Subaidah di MITC. aku order nasi goreng sotong. hanya sampai selepas semua orang lain dah habis makan. air 3 layer memang sedap. abc special? tak sedap!

nampak je tempting...dan masa masuk kawasan restoran yang berpagar siap tulis restoran melayu, hakikatnya mamak ...

hari kedua makan ikan bakar di sebuah restoran berdekatan dengan Mydin di MITC jugak. sekali adik ipar aku dapat yang mentah..kemudian dah lama masak balik..kitorang dah nak habis makan barulah ikan dia sampai. nasi dia keras. kurang air kot. mak aku sampai muntah2..ha! mari boikot kedai ni tapi sumpah aku lupa nama dia tapi memang tepi jalan..yang pasti dia punya moto, lebih kurang, pasti habis tinggal tulang! no way man....mak aku muntah...mak cakap sebab nasi dia..eiiii...

last day..makan asam pedas di rumah adik aku sendiri. adik ipar aku yang masak. ikan siakap..sedap tu...cuma tak cukup pedas je lagi dik...adik aku cakap abang Bad kitorang kata ikan asam pedas buatan adik ipar aku lagi sedap dari kedai2 lain yang dia pergi makan di Melaka. ok..ikut tekak masing2...yang pasti kami makan kuahnya sampai habis..ikan pulak terlebih.

ada buah berangan, ayam goreng, asam pedas siakap, sayur bayam & nasi lemak? itu beli untuk hannan.

last masa balik aku minum petang dalam econsave di Bandar Baru Bangi. aku pergi kedai makan/food court hujung sekali. order bihun sup. makan sikit je..pedas ok, rempah ok..mihun keras. air teh ais...tehnya cair pulak. mak minum teh o..sangat manis..aduh..banned..banned..

mungkin dah tiba masanya aku kurangkan makan...sebab aku pun dah start menggemuk..adoyai...

10 ulasan:

  1. asam pedas air tangan orang melaka mmang superb..

    BalasPadam
  2. memang sedapla adik ipar masak..saya sendiri tak pandai masak..hahaha

    BalasPadam
  3. Betul, kalu menu mcm sedap tapi hasilnya eeeyakkk! Boikot jerr.

    Kak Azie suka Asam Pedas sampai belajar dengan orang Melaka cara ori Asam Pedas. Guna kelapa bakar youuuu... Terangkat!

    Ehhh dulang silver tu macam sama jer dgn dulang kat umah ni.

    Bila Mak Tarzan Membebel...

    BalasPadam
  4. dah sampai bangi, klu nak pekena sup..pegi la sup urat keting atau warung dusun..sup terbaik di situ, hehehe

    BalasPadam
  5. kak azie, kelapa bakar? weh tak pernah dengar tapi gaya cerita akak mcm sedapppsss jek...hehesila kongsi resipi di blog..hehe

    delarocha, bangi banyak seksyen daaa...mana satu da...

    BalasPadam
  6. salam..
    boikott..jom boikott..makan kalau free jek..hihihi

    BalasPadam
  7. jinkamen, kalau berbayar tapi sedap berbaloi la..kalau free tak sedap nanges gak nak abiskan demi menjaga hati..kan..

    BalasPadam
  8. sup urat keting kat seksyen 7 daaa... warung dusun kat seksyen 8 menghala ke tol kajang daaa
    selamat mencuba :-)

    BalasPadam
  9. jb pn skang dh byk kedai makan yg tak best...3 kali dh keracunan makanan.aduh mak...nk kena saman ni!~

    BalasPadam
  10. delarocha, haha walaupun selalu ke bangi still sesat la..

    ratusiput; kalau dah keracunan konfem kena banned lagi..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.