In

Cuma Malas Nak Keluar.

dah lama tak keluar melepak dengan kawan2. masa zaman sekolah, memang tak pernah lepak. dah nak ambil SPM kerap lepak. alasan, nak study for exam. 

masa kat Uni lepak2 jugak tapi start melepak ni sejak kerja Petrosains. jumpa kawan baru..cerita baru..sosial life baru. ceh. mujur tak termakan pujuk kawan pergi party menari2 akibat aku selalu menari dengan penuh tenaga bila ada camp-in petrosains. percayalah. zaman kostum ialah zaman terhebat volunteer dan fasi time tu. hahah. pergh.. rindu jugak kadang2. tapi zaman tu bentuk badan takde shape dan 43kg je. macam tiang dlm Putra LRT kata kawan2..cittt..

dah bekerja nak melepak tu sebab nak tunggu time balik ke Bangsar punyalah berkira2 pasal jem, bas, LRT, bau hangit ketiak, mulut busuk..dan macam2. sudahnya melepak dulu rasa dah reda baru balik. sampai rumah terus tidur.

sejak ada kereta makin panjang melangkah. mudah senang. lepak? anytime. can arrange..

but now, entahlah since menyewa sorang dan tinggal bersama emak ni, aku rasa malas nak keluar dah. aku berjimat jugak pun satu hal. sebab everyweek kena pergi pasar kan. dulu masa tak tinggal dengan emak aku makan kat kedai je...

balik kerja, on laptop..mandi, solat..tengok TV..hadap blog, FB..hahaha...mak aku tahu aku ada kat rumah. itupun bila cakap nak stayback ke balik lambat senang cerita, mak cakap..ada2 je kau ni...ok..

dulu masa tinggal dengan kakak di Bangsar, masa arwah bapak masih ada, bila mereka datang KL aku bukan nak spend masa dengan diorang. aku still balik lambat sebab melepak dengan kawan2. still dating semua. 

sekarang aku rasa bersalah tinggalkan mak sorang2 dirumah. dahla sepanjang hari mak aku tinggal tengok TV tidur, menjahit, baca kitab..itulah kerja beliau. lepastu masak untuk makan malam bersama aku aku dah pesan makan dulu pun tetap nak tunggu aku balik.takkan aku takde hati nak teman dia. mak cakap makan sorang2 tak seronok.

betul, aku dah seronok2 di opis dengan kawan2. dah pergi shopping masa lunch. apa salah aku temankan mak makan malam. borak dengan dia atau tengok TV dengan mak sampai dia tertidur2 kat ruang tamu. aku bukan anak emak. tapi aku cuma dihimpit rasa bersalah..kadang2 rasa derhaka.

aku memahami kebosanan kawan2 aku yang sms/text aku ajak keluar lepak lepas tu aku jawab malas2 je. perasaan aku rapuh lepas bapak meninggal. aku cuma cuba jadi anak yang menyenangkan hati emak. 

kalau aku nak keluar, aku kena bagi alasan yang betul. takde tipu2. dan pernah sekali mak cakap, kau tak keluar2 pergi dating ke? pergilah..mak tinggal takpe. heyyyy bakal menantu emak tu (kalau jadilah) pun tak keluar2 dating kalau mak dia datang dari kampung. dan alasan kami sama. dan alasan ini menenangkan hati. percayalah. taati ibu bapa kamu..mereka ialah syurga kamu.

Related Articles

7 comments:

  1. betul tu...slagi masih ade kan...sok dh takde nyesal pn tak guna.just bg2 masa la...skit2 ngan kawan...sparuh2 ngn mak :) ehehe...sok2 dh ade laki lg susah nnti nk spend masa ngan mak slalu...kalau dekat ok la.kalau dok jauh ikut laki...iskk...susah gak kan cmtu...

    ReplyDelete
  2. betul..selagi ada org tua..hargailah mereka...nnti bila dorang xde mnyesal plak...

    ReplyDelete
  3. sementara org tua kita ada,
    elok le spend time with them kan...
    nanti bila dah kawin, ntah dpt ke tak spend time with them...

    ReplyDelete
  4. yea, kita ni berharap benar kalau dapat husband yang boleh kamceng dengan mak kita..sebab kesian mak takde "kawan". sekarang kitorang 2-2 takde "kawan".

    ReplyDelete
  5. seronok kan dapat tinggal dgn mak...mak acu tak nak tinggal kan rumah kat kampung sebab tu susah nak ajak dia tinggal sama walau pun acu tinggal sorang diri je kat sini

    ReplyDelete
  6. eloklah kan dapat tinggal dengan mak.. tak semua orang merasa. Saya pernah bawak mak tinggal bersama masa baru2 kawin. Sebulan jek mak tahan.. mak tak boleh duduk rumah flat. Pening katanya tak cium bau tanah & tumbuhan.

    ReplyDelete
  7. acu; mak duduk kampung lama jugak..lepas tu dia pusing semua rumah anak2 dia. in the end bila saya dah pindah rumah tanpa tangga ni dia pun nak duduk sama. dulu rumah bertangga mak penat..

    azmask; betullah..mak pun suka cucuk tanam gak..rumah saya ni rumah sewa cikgu..takde tanah..semua dah abis simen..yg bertanah tmpt parking kereta je..

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...