Sabtu, 5 Februari 2011

Melaka Trip ~ Taman Rama-Rama Dan Reptilia


pening kepala nak fikir nak pergi ke mana pada hari Jumaat. macam2 ada di Melaka ni. contoh berdasarkan yang aku dah pergi;
  1. Taman Mini Malaysia/Taman Asean - tolong pakai sport shoes or sandal yang selesa je...
  2. A-Famosa - round2 je sebab selalu pack time cuti sekolah huhu...
  3. Air Panas Gadek - tak pergi celup kaki pun..round2 jugak
  4. Tanjung Bidara - air pantai tak bersih, monyet pulak jahat..
  5. Jonker Street - terbaik cari cendermata, murah2..
  6. Dataran Pahlawan - sesak gila parking
  7. Mahkota Parade - round2 shopping tapi aku suka Berjaya Times Square lagi..haha
  8. Kapal tak belayar - dalam tu ada muzium mini tau.
  9. Umbai - syurga makanan laut yang segar-bugar
  10. ?
banyak sangatla..nak kena tengok gambar balik. yang pasti aku dah buat entry pun pasal tempat2 ni.. kalau rajin sila type label travel and vacation.
akhirnya kami ke Taman Rama- Rama. sebab? nak tengok rama-rama la. kat KL punya aku tak pergi pulak. 

ok jangan sesat ke taman ni. sebab kitorang tersalah masuk. ke hotel dah..padahal taman tu atas lagi dan belok ke kanan. ini ikut jalan macam highway. tapi kami salahkan pengurusan hotel tu sebab tak letak signage kat depan pintu masuk. nasib pak guard bagitahu di mana.

tiket masuk ialah RM10 dewasa dan kanak2 3-12 tahun RM5. kamera RM3. kami sampai jam 5 petang sebab sebelum tu pergi jalan2 tempat lain. sekali adik tanya surau, tak ada. kemudian kata penjaga tiket lagi taman tutup jam 5:30 petang. kami pun jadi geram. kenapa tak cakap je? sebab tu kami kelam kabut jalan2 dalam taman. in the end kami fikir tiket akhir masuk jam 5:30 kot sebab kami keluar jam 6 petang.dan orang masih ramai dalam taman.






























ok. next timer pergi tempat lain pulak. kawasan ni banyak bertangga. jadi yang bawa stroller tu agak penat juga la asyik nak angkat dan bawa turun je...

2 ulasan:

  1. Wahh best gak ek. Tapi biasanya, tempat reptiles cam nih ada bau, orang yang tak tahan, memang loya.

    Telor yang besar2 tu telor dinasour ker tu?

    *Ehhh baju sama macam pic kat profile. :)

    Akulah Kekasihmu

    BalasPadam
  2. kak azie, hehe ulang tayang baju kali ke-2 baru pakaila....

    telor dinosaur tak retak2..

    tempat ni memang busuk gak...especially memerang, rakun...pening...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.