seingat aku mula gunakan pencuci muka bila umur cecah 16 tahun. gila lambat? anak2 gadis remaja sekarang umur 13 tahun dah pandai mintak mak dia belikan pencuci muka kat pasaraya. opps dulu2 takde watson, guardian. dulu2 shopping kat Jaya, Bintang, dan kedai2 runcit kat kampung yang barang2 dia berhabuk sebab takde air-cond.
dulu beli pencuci muka share dengan kakak aku. yang beli satu percuma satu. rasa best bila guna. bukan tahu apa2 sebarang ramuan terkandung. belasah je asalkan murah. tapi aku paling suka yang ada royal jelly. memang rasa kelainannya. Ginvera ke Gervenne tah yang jual. aku lupa.
kemudian zaman Nutrimetics keluar, aku pakai set apricot. mahalnya. boleh bayar ansur2. hahaha..tapi macam takde apa2 kesan. kalau tiada kesan menarik aku cuba tukar yang lain.
bila umur dah berapa tahun baru tahu yang kulit muka jenis kombinasi berminyak dan kering. patutla jerawat kecik2 suka tumbuh. orang kata jerawat berangan. memang suka berangan pun. sampai pening2 kepala berangan. sampai mimpi2..hahahaha..
last time tengok Oprah Winfrey Show, aku pun boleh layan celoteh Dr. Oz tu. kemudian terus cari website berkaitan cleanser yang sesuai dengan kulit muka. aku pun rasa terpukau dengan kata2 blogger2 kecantikan. yang kulit macam aku ni perlu guna 2 jenis pencuci muka. siang guna foaming, malam guna cream. kanapa? sebabnya..sila cari sendiri..hahaha..aku malas nak ingatla. tapi reson ni munasabah.
jadi aku pun start guna foaming cleanser olay white radiance untuk pagi dan olay total effects cream cleanser untuk malam.
hasilnya? ermm muka aku tak kering dah terutama bahagian pipi. selalu kalau sapu bedak tanpa cream base memang akan nampak kesan kulit kering..mengelupasla..senang cakap. sekarang tak nampak dah. ahh lega...
tapi foaming cleanser olay aku dah nak abis, aku nak try safi rania gold pulak. sebab nak try yang Malaysia punya. olay foaming cleanser white radiance tu RM5.50 kat Mydin te. 50ml je. yang olay total effects cream cleanser tu RM6.50 50gm kat Mydin juga. aku try tiub2 kecil dulu sebab nak tahu ok ke tak. tapi aku dengan tamak beli safi rania gold foaming cleanser 100ml sebab harga RM11.90 di Mydin juga..
all pics from Google
ermm nak share......rania Gold nie memang BESTTTT
BalasPadammuka yg berminyak jadik kurang..kalO x, muka beminyak cam leh goreng Pisang
hahhaahhahaa
dh guna Produk nie hampir 3bulan...
resuLt dia memang TERBAIK.....
ramai jugak yg bg review sfi rania gold ni bagus.tp ratu pun tak pernah try.skang ni ratu pakai olay white radian punye set.sebab nk ilangkan brownspot kat muke.sbelaum tu pakai clarins tapi dh tak kaya kan...seriau nk maintain.tu yg tuko olay agak2 mampu.sbelum clarin body shop.pun tak sesuai.sbelum body shop byk gakla try sana sini.safi jugak.tpi yg timun tu.makin lama pakai makin berminyak.since tu tak pernah lg cuba yg seangkatan dgnnye.sok erichan bgla feedback pas guna safi rania...ne tau ratu leh cuba gak pakai n sesuai ke...murah pun murah..
BalasPadamnida; itulah kawan opis pun ckp lagi bagus dan kurang berminyak dari olay. dulu bertahun2 pakai cream olay total effects tu..pastu macam tak tahan dah nak pertahankan penggunannya..
BalasPadamratusiput; clarins..gulp la...nanti lepas kesan at least sebulan kita review balik ok. sekarang nak cari toner yg sesuai pulak. sebab dah nak abis.
my kelik kulit jenis berminyak, memang sangat superb dengan safi rania. bagi yang jenis kulit kering pulak macam saya, kulit akan bertambah kering & mengelupas. Sekarang tgh kumpul dana untuk dapatkan set marykay.
BalasPadamAzmask; marykay tuboleh tahan jugak kan RMnyer..rasa saya Jard pakai marykay jugak. suruh dia bg korespondenla..share2 kan..
BalasPadamtengok mekchu tu pakai bodyshop mcm ok jer kan..MDT ni suka2 ati jer pakai..syukur muka tak byk cerewet..janji cuci..
BalasPadamtp sejak dah tak makin muda ni kena cari gak la product yg elok sikit supaya mainten jelita..ecewah! jelita konon..
Aku maintain Nivea jek dr dulu smpi skrg..from tip to toe...hehe! =D
BalasPadammdt; mesti yakin dengan diri sendiri. itu yang menjadikan persona-diri..
BalasPadamzura; kau ok. kau teruskan. aku memang selagi tak puas kerja nak menukar je.