Khamis, 17 Mac 2011

Eyeliner Terbaik Untuk Saya, Mungkin Awak Juga?

Puas dah mencuba pelbagai eyeliner. mula2 pakai celak mata kajal. celak dari mesir katanya. masa tu zaman kecil2..masa tu tengah ikut2 kakak2 pakai.
kemudian aku pakai Avon, pensil mata dia murah. masa tu beli 2 batang RM20. tapi tak best sebab smudge. comot ok. nak cuci pun susah. mesti kena pakai eye make up remover, kalau cuci dengan cleanser pun tak hilang. geram. tapi sabar je guna. sebab memikirkan dah bayar dan lambat pulak nak habis. eeee lama betul.

kemudian aku jumpa eyeliner cosway..haha...lagiiiiiiiiiiii...leelan vital. 

mata pena macam pen khat. sangat mengagumkan. dakwat basah, beberapa saat kemudian terus kering. sangat senang dilukis atas kelopak mata. tahan berjam2 dan tak smudge ok. itu yang penting. dan paling penting lagi senang dicuci. even dengan air. terbaik guna air suam. mana kau nak cari masa nak ambik wudhuk kat surau/masjid kan. kenala cuci lama2 sikit kalau pakai air sejuk. lap2 dengan tisu.

benar. aku benar2 suka dengan eyeliner. perfect for my eyes you know. even dipuji dengan rakan sekerja lelaki yang melihat ketepatan aku melukis. haha bangga kejap. cakap jelah kau nak suruh bini kau pakai benda yang sama. meh aku tolong beli tapi jangan lupa bayar balik. kekekeke...

8 ulasan:

  1. nak cari gak le sis...
    kat are umah dah ada cosway nye stokis...
    leh jadik member...

    BalasPadam
  2. saya suka tengok org pakai eye-liner. saya dah cuba pakai tapi tak cantik kat mata saya. satu lagi saya tak reti pakai. mesti comot.tolong ajarkan cara2 mcmana...:)

    BalasPadam
  3. ahaha...kompem aku lak register cosway pasni.skang ni pakai eyeliner maybeline yg dlm bekas kaca kecik tu.apa nama ntah.mmg tahan utk muke yg slalu bepeluh cam ratu ni.tp utk pakai ari2 takla..kang nk solat sme nk cuci2.kalau wat g jenjalan takpe.

    BalasPadam
  4. aku pakai silky girl yg mcm pen boleh pusing2 tu..
    yg jenis cenggini aku fail sikit..
    kang elok2 15 minit bersiap terus jadi 1 jam..haha!

    BalasPadam
  5. skang tengah pakai in2it.. best jugak sebab celaknya tak jatuh ke bawah mata. Kalau avon atau maybelline, time tghari mesti bawah mata dah hitam. Nanti nak cuba jugaklah leelan.

    BalasPadam
  6. aku dah cuba ngak sesuai ngan aku ..so aku kena pakai jenis pensil...so aku pakai MAC...itu je la sesuai...sian aku kan...kos tinggi.

    BalasPadam
  7. yeaaa nak g serbu cosway..
    memang dok cari menda alah nie cuma tatau brand apa best.....

    tenkiu sis.......sebab sudi share info menda alah nie

    BalasPadam
  8. rasp; ye kat bukit indah tu ada satu...i beli kat ampg point je..hehe kata keje situ..

    anntaj; kena suruh sorg photog ambil gambarla masa pakai eyeliner, baru dapat tunjuk tutorial..

    ratusiput; yeay..saya nak try maybeline gak tapi guna berus tu konfem comot..

    mdt; dulu pakai yg pusing2..patah aje...wa ganas la..

    azmask; smudge tu yg benci...macam mata panda dah..hehe

    mimy; kau maintenance mekap tinggi. mak takut kat ko nok...hehe

    nida; sila...sebab murah2 je...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.