Selasa, 22 Mac 2011

Kita Sentiasa Anak Kecil Emak

aku dah pun nak mencecah 34 tahun pada Julai tahun ni. 34 tahun. kertu tahu. tapi pada pandangan emak, umur aku belum akil baligh lagi. tengok situasi ini.

bila mak balik kampung atau pergi rumah kakak2 dan abang2 aku yang jauh2 tu, kalau aku call,  mak akan tanya, " dah makan ke?" kalau aku jawab belum, mak suruh aku makan biar gemuk. jadi aku kadang2 tipu emak yang aku dah makan, hakikatnya aku tak makan lagi. terutamanya makan malam aku selalu skip. sebab mak suka cakap aku dah gemuk jadi aku tak suka gemuk, jadi aku tak mahu makan.

bila aku balik kampung, setiap kali itulah aku akan kena cari tuala aku yang aku biasa pakai di tempat yang berbeza2. mak suka alihkan barang/pakaian aku dan aku selalu kena tanya mak mana benda2 tu. hakikatnya kalau mak tak alihkan, aku pasti tahu tempat terakhir aku letak benda2 tu. dah jadi macam aku perlukan mak untuk cari barang2 aku. macam budak2 pulak rasanya.

bila mak ada di rumah aku, mak akan masak makan malam dan aku terpaksa rela je makan. sebab kalau tak makan, mak pun tak mahu makan. dan esoknya nasi yang dimasak jadi nasi goreng. aku kan tak mahu makan malam. mak aku tak faham istilah aku tanak gemuk agaknya. dia tahu aku mesti makan. baju aku dah kena alter tak pasal2.

kadang2 mak aku ni memang terlebih rajin. mak memang susrirumah yang pembersih. jangan harap nak jumpa bakul sampah dalam rumah. tak tahulah mana pergi tong sampahnya, jadi setiap kali aku nak buang sampah, aku masukkan dalam beg plastik. beberapa jam kemudian, beg plastik sampah tu akan berada diluar rumah untuk dibuang. itu kalau siangla. kalau malam, simpan lagila.

jadi bila mak duduk serumah dengan aku, mak akan lipat baju2 aku dari ampaian, lap dan bersihkan dapur aku. bukan lantai dapur. mak aku dah tak larat mop. setiap kali mop dapur rumah mak sendiri, mak akan bising kepenatan. dapur besar sangat. dapur aku kecil je. kemudian periuk belanga, sudu garfu, sudip pisau, pinggan mangkuk, gelas cawan, bekas & tupperware aku bila dah kering mak mesti simpan luar dari dapur aku. aku ni pemalas, semua benda nak depan mata. tengah2 nak bancuh air, sudu takde, kena menapak tempat lain. nak memasak, alatan memasak semua kena ambil luar dari dapur. aku cakap dengan mak jangan alihkan barang2 tu tapi mak cakap biarlah..semak je. 

jika kamu fikir aku macam tak bersyukur ada mak yang rajin begini kamu salah. aku cuma mahu jadi dewasa dan lebih bertanggungjawab. jika mak selalu membantu aku, lama2 aku naik lemak dan tak mencapai apa2 dalam kehidupan. aku tak mahu jadi anak manja emak. aku cuma nak berkuasa dalam rumah aku sendiri. mak cukuplah jadi tetamu dalam rumah aku. dan aku memang berterima kasih dengan emak kerana sudi jadi peneman hidup aku dikala usia2 yang begini. (ayat menyentap perasaan: " biarlah aku duduk dengan engkau, kau takde family, adik-beradik kau yang lain semua dah berkeluarga. hidup kau sunyi. kesian makan sorang2") ok aku sentap..nak menangis pun ada. sila tahan airmata.

hati aku sakit bila aku rasa aku salah menegur perbuatan baik emak terhadap aku. aku cuma tak mahu susahkan dia. mak sudah menjaga 11 orang anak, dan seorang suami sehingga akhir usianya. mak perlu berehat. aku suka mak dengan alat2 jahitannya. tak habis2 jahit saprah dan buat bunga2 kain. membaca buku2 agama dan menonton rancangan agama pagi2.

usia aku dengan emak jauh. 38 tahun ok. ah umur aku bila dah cecah 38 tahun nanti akan ada anak ke? kalau perangai dia macam aku...yang buruk2 tulah..habissssssss.....

6 ulasan:

  1. mak memang macam tu. even datang ke rumah org yang dah kawin pun, habis semua kerja2 rumah masak,mengemas,melipat baju dibuatnya.

    BalasPadam
  2. itula dia mak kan...ratu sampai skang umo dh 31 ni kalau demam...mak ratu still urut2kan kepala ngan badan.siap jelom kepala ngan daun bunga raya.dlm pantang emak sume yg pakaikan pilis dan param.mmg takble imagine kalau mak takde.cume yela bila kite dh besar ni byk cara kita yg tak sama ngan emak.tp emak ttp tiada tandingannya.takpela penat skit asalkan tak kecikkan ati mak.

    BalasPadam
  3. aku yang dah kawen ni sampai skrang mak aku masih layan cam budak...biarlah nok...kasih ibu...selagi ada hayat dia...

    BalasPadam
  4. Walau ko dh anak 5 pon mak ko tetap nk yg tbaik utk ko.. =)

    BalasPadam
  5. aku dah lama sangat takde mak...sampai aku tak boleh ingat pun kenangan bersama mak, tapi aku ada ayah yang sama tempatnya dengan mak dalam ati aku ni. yang penting hargai mak ko selagi hayatnya ada, jaga dia baik2...syurga tempatnya nanti

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.