last time pergi Ikea. beratur panjang demi nak beli karipap telur 1/2 dozen. kesian mak tunggu dengan barang2. nasib bawa shopping beg siap2 jadi semua barang boleh simpan dalam beg.
sambil tunggu mata melilau tengok keliba orang. depan aku seorang budak lelaki cina. ibu dia minta dia beratur. dekat tangan pegang RM10. ayah dengan kakak tengok dia dari jarak amat dekat. kemudian nampak seorang budak perempuan comel dengan shawl yang bercorak aneh. sebelah dia lelaki dengan rambut Mohican. oklah dah budak perempuan tu suka kan..
bila dah nak dekat kaunter pesanan aku nampak budak lelaki tu dengan telinga bertindik 2. aku pun terus kata dalam hati...ooooo budak perempuan kenapa kau pilih dia?....
lelaki bukan dalam pilihan;
- dari segi luaran;-
- simpan kuku panjang walaupun satu
- kuku2 tak dipotong dan kotor
- bertindik..dimana2 sahajala..
- bertatu
- memakai rantai dan gelang tangan
- memakai cincin pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah
- rambut tak disikat
- menyimpan misai sahaja tanpa janggut.
- tidak menjaga kebersihan pakaian - seluar jadi penyapu, tali kasut terpijak2 sewaktu berjalan.
- mewarnakan rambut
- merokok
dari segi agama, ada banyak perkara yang orang sensitif dengannya. solat itu tiang agama, tanpa tiang, runtuhla agama seseorang itu. percaya kepada qadak dan qadar itu rukun iman yang ke-6, tanpanya berapa ramai yang berputus asa? sombong dan ego adalah sifat Allah, layakkah manusia yang terhasil dari air mani memilikinya?
oh! i reject awal2 lelaki yg suka simpan kuku panjang @ lelaki pakai rantai..geli
BalasPadamsetuju dengan semua di atas! 1st time jumpa Cokelat kita tgk kuku dia dulu..hahaha tak bole blah..alhamdulillah paling penting tak merokok :p
BalasPadammdt; mmg geli...
BalasPadamaishah; tgk gigi dan kuku dia...