Ahad, 13 Mac 2011

Sunblock Yang Best

last time aku pergi PD aku telah berjaya menjahanamkan muka aku sendiri. sebab? aku dengan yakin pergi berenang dari jam 11 pagi sampai 3 petang tanpa sunblock. begitu gembira bermain air. esoknya muka dah start gatal2. in the end seluruh kulit muka tukar kulit jadi macam keruping daa...pedihnya masa basuh muka memang azab.

gambar aku dan fairuz. dia tak mandi sebab kena jaga anak yang nakal dan hyperactive ya amat... masa ni masih tak sedar diri yang tanpa sunblock sangat azab kulit muka esoknya. ini gambar 26 Dec 2009

kalau sanggup nak tengok muka ni dekat2 sila jangan segan zoom in. yang pasti
parut masih ada walaupun dah 21 Jan 2010. masa ini aku cuma pakai after sun watson brand. harga murah tak sampai RM8. ada orang cadangkan pakai aloe vera asli, aku langsung tanak ikut nasihat. aku juga pakai skin repair for sensitive skin. muka kusam giler.

akhirnya aku mencuba beli sunblock SPF50+++ dari cosway jugak. leelan vital. harga memang mahal. tapi aku nak cuba kalau muka dah macam ni punya burn, asyik kena ejek dengan kawan2 ofis, aku malu + hangin jugak. hahahah...sentap kejap tengok muka sendiri yang buruk.

dan aku sudah membeli botol ke-2. dan berjaya pengaruhi kawan aku yang alami masalah serupa. yang mana bukan dia, tapi anak & suami dia. hehehe..well bagi aku kalau dah jumpa product yang bagus harus share kan kebaikan dia..

7 ulasan:

  1. shah kat langkawi ni pon bur jugak... sini panas,sbb tu mat saleh suka berjemur kat sini...

    ahaks *jga muka jugak shah ni ea.. welll...~

    BalasPadam
  2. well kalau tak jaga muka orang anggap kita pentingkan natural beauty..hahaha...

    BalasPadam
  3. brand cosway jgk yer..ari tu xsilap berus gigi kan..bagus2 yer produk cosway nie..

    sy kalu mandi berjemur mcm tu kulit sy terus tukar jd itam n gelap dia lian mcm..xdelah berkuping eri chan..sy mls nk pkai sun block tulah muka jd legam..hehehehe

    BalasPadam
  4. hanim; tak pakai krim ke bedak ke takpe. sunblock kena pakai. UV protector la. sinaran ultraungu ni kan bahaya. boleh dapat kanser kulit.

    ratusiput; ye dulu2 saya bukan member tapi kalau jadi member dapat diskaun 30%. VIP je dah.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.