Sabtu, 16 April 2011

Oh Kuih Tart!!

dulu aku ada cerita pasal kuih tart. sekarang aku nak cerita lagi. sebabnya semasa aku berjalan2 di bandar KT aku ternampak kuih tart sebijik zaman sekolah.

maka aku pun teringat2 tart telur bila balik rumah kakak aku. bila aku keluar berjalan lagi esoknya kakak aku pun cuba penuhi impian aku even beliau dah kering duit akibat bershopping dengan aku semalam.

aku bukan minta, tapi dia cuba penuhi keinginan aku. maka ke pasar Cabang Tiga dia mencari tart telur untuk aku. harganya RM2.50 untuk 4 bijik. kakak aku beli 2 bungkus, jadi ada 8 bijik.

anak2 buah aku berebut nak makan kuih tart tu tapi uminya bagi separuh2 je sebab nak bagi aku makan. aku pun tak sampai hati..jadi aku makan 2 keping, 2 keping bagi emak dan yang lebihnya untuk anak2 buah dan kakak aku makan. makan ramai2 dan rebut2 ni memang seronok.

kesimpulan, beli sikit biar rebut2 makan dari beli banyak lepas tu tak habis..membazir je kan...

Kuih tart telur mula2 dulu aku beli cuma 25sen sekeping. aku mula makan sejak tahun 1996. dah 15 tahun makan masih belum jemu2..

5 ulasan:

  1. oh peminat tart jugak yer...apa2 tart pun memang sedap..tart telur dan tart nenas especially. tart keju kat delifrance tu tak sanggup nak makan..

    BalasPadam
  2. tart telur xdedap.. tart nenas menjadi pilihan hatiiii!! awhahahhaha

    BalasPadam
  3. jom kita buat sendiri..leh makan banyak2 :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.