Selasa, 26 April 2011

Terima Kasih P1 WiMax!

aku pengguna P1 wimax sejak pelancarannya secara besar2an pada tahun 2009. pada masa itu aku telah gunakan duit bonus untuk daftar, mahulah kena RM400++..nangis jugak sebab sekarang aku dapat tahu semua free je..cuma bayar penggunaan internet tiap2 bulan je...lagi pulak aku dulu 3G sekarang dah upgrade 4G...tapi kemungkinan aku punya diupgradekan sebab aku selalu dapat email maintenance untuk upgrade system dari P1 wimax.

ok aku pernah dapat rebate sebab wimax problem masa maintenance time..walaupun beberapa RM saja, tapi aku gembira..sebab abang ipar aku  selalu bengang dengan perkhidmatan TM...soryyla, after service diorang teruk zaman2 streamyx baru dilancarkan. aku pernah dengar dia bertekak dengan diorang sebab hampir 2 minggu tak dapat guna internet..still kena bayar RM88. tak tahulah kalau TM bagi rebate...

pada awal bulan ni aku terima panggilan dari P1 mengatakan aku akan menerima telefon rumah percuma dari P1. aku tak perlu bayar apa2 pun. yang best ialah;-

  1. telefon analog diberi percuma
  2. tiada caj pengaktifan
  3. tiada kos penghantaran
  4. bayar RM30 untuk 200 minit masa berbual di seluruh Malaysia (RM0.15 per minit)
  5. untuk 2 bulan pertama diskaun 50%, jadi bayar RM15 sahaja (RM0.075 per minit)
  6. boleh call bila2 masa untuk menamatkan perkhidmatan
  7. boleh aktifkan bila2 masa untuk sambung perkhidmatan
  8. telefon tak perlu dipulang balik

hehe...sukanya aku....

tapi nampaknya aku punya bil jadi bertambahla...;(...takpe aku try test dulu..rasa tak ok aku terminate la...


telefon ni dicucuk terus pada modem internet aku. menggunakan elektrik.. takde lektrik...tak dapatla calling2..heh.

8 ulasan:

  1. wah P1 dah ada tepon..hapgrade nok...mak tetap ngan TM nok...pekerja kan...sumber bonus mak tu...hihihi

    BalasPadam
  2. mmg up to date.. sukaaaaaa... tp mekchu tak de la tahap nak pakai P1 lagik.. kita kan org2 biasa ecewaaahhh..

    BalasPadam
  3. masa mula2 lancar...
    mcm nak amik je PI nie...
    tapi dorang check...
    leh plak kawasan umah i takde servis nie...
    adehhh...tapi now dah pakai streamyx...
    sekali je prob lepas tu till now ok je...

    BalasPadam
  4. dulu ratu pun pakai p1...tp since kat opis terceruk line p1 tak dapat signal.pastu cam susah nk usung2 modem kan.last2 tuko celcom.penalti p1 taktau la kena byr berapa sbb pakai tak sampai setahun :(

    BalasPadam
  5. mimy; ko harus setia nok..

    mekchu; pakai P1 RM49 je...24 jama pakai internet pun..buat pe amik yang mahal2..hehe

    rasp; i pakai sejak duduk bukit indah ler..mula2 memang macam hampagas..lama2 baru ok..kena sabar..nasib rumah atas sekali mudah dapat signal

    ratusiput; hehe...dengar citer kalau pakai U mobile lagi teruk...kalau tak habis kontrak diorang hantar surat saman. sabor jek..

    BalasPadam
  6. klu nak tau ada caj terselindung atau tidak...
    tunggu bil sampai ye..

    BalasPadam
  7. delarocha; kalau ada siapla budak nama khairul tu..siap bagi no telefon...email pun aku dapat dari P1 tentang servis ni..hehe

    BalasPadam
  8. streamyx call percuma ke semua telefon rumah di malaysia dari perlis hingga ke sarawak 24 sehari

    :)

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.