Isnin, 18 April 2011

Keropok Lekor Kelulut

Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu. jangan lupa singgah kedai ni bila melalui jalan pantai ke arah Kuala Terengganu.

Nama kedai tak ambil..tapi aku bagi hint la tempat tu memang berhadapan dengan kawasan rumah tumpangan berwarna ungu..
abang aku je yang pergi. gambar ini diambil semasa nak balik ke KL dah pun. masa pergi senangla park depan kedai. ada macam2 jenis keropok. memang tervaik dan rasanya sangat sedap. aku ingat keropok losong sedap sekali keropok kelulut la terbaik!
Inilah kawasan rumah tumpangan berwarna ungu. tapi kamera hp aku ni tak bagus dah warna yang dipantulkan. oh tidak....


kalau pergi Terengganu
Jangan lupa singgah kedai
kedai jual keropok lekor

kalau pergi pasar payang
jangan lupa singgah kedai
kedai jual keropok sira

~aku tak pandai buat lagu..tiba2 nak nyanyi2 gembira lak...ehehehe







keropok ini rupanya hodoh tapi rasanya sangatla sedap..tengok jelah yer..nak bagi rasanya dah habis dimakan, nak simpan lam2 tak elok la pulak nanti sebab aku beli yang dah siap digoreng. punyalah malas nak goreng keropok..

6 ulasan:

  1. sedap....sedap nie..sebab tgk kuah cicah pun...dh telior...huhuhuh

    BalasPadam
  2. nak skiittttttttt....
    kepok sana mmg terbaekkk...

    BalasPadam
  3. kopok leko...kopok losong...ni kopok kelulut...mmg kompius ni...slalu kat jb ni tau satu tu je la..kopok leko... :)

    BalasPadam
  4. feberet gak klu ke ganu...aku panggil kelukut...hahaha

    BalasPadam
  5. nida; hehe..kuah sos dia memang terbaik..sebungkus keropok RM5..kalau nak beli sos aja dah RM3..

    ina; memang makanan wajib. KL takde ok..

    rasp; dah abiss

    ratusiput; sebab tu kita bagitau...

    mimy; kakak aku panggil kopok kedut2. hahah

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.