Isnin, 18 April 2011

Memori di SMA Khairiah Kuala Terengganu

kesempatan aku bercuti di KT pada kali ini aku ke sekolah lama. aku ke sana pada hari Khamis. dan ketika itu pelajar2 baru pulang dari sekolah. aku bertanyakan pada pak guard sekiranya dia mengenali bekas guru2ku. mustahil kan..dah berapa belas tahun aku tinggalkan sekolah.

setelah menulis nama di buku pelawat, aku menemui bekas pelajar sekolah yang kini bekerja di koperasi sekolah. saja tanya untuk mengetahui adakah mereka kenal bekas2 guruku. dengan sedikit maklumat, aku ke bilik guru ditingkat 1.

malangnya aku tak dapat bertemu bekas guru2ku. ada yang dah pindah, yang masih ada tiada di meja. bekas penolong pengetua telah menjadi pengetua sekarang. Cikgu Shamsiah Mohd Radzi. beliau mengajarku sejarah semasa di Tingkatan 4. dan semenjak itu aku mencintai sejarah. aku suka pendekatan beliau mengajar kami. tiba2 aku rindu semua saat2 itu.

sebagai kenangan aku mengambil beberapa gambar sekolah ku yang terkini. cat sudah bertukar. mural pada dinding sekolah juga bertukar. sudah tidak ada mural bendera malaysia yang aku lukis semasa di tingkatan 4 dulu.









ini blok C, kelas komputer di Tingkat 1. kadang2 jadi kelas tuisyen Matematik ajaran Cikgu Norhayati Ariffin. garang gila cikgu ni..tapi sejak itulah aku bersungguh2 mendalami ilmu hisab..
Blok D & E digabungkan. ini bangunan baru. masa Tingkatan 3 puas dengar kontraktor tanam cerucuk. nak belajar Matematik pun boleh tertekan..

 papan muka tenga pengajar dan pekerja di sekolah. dulu2 takde..
Ustazah Fatimah. beliau mengajar Syariah Islamiah. dah tak bertugas di sekolah ini. Ustazah ni suka panggil aku Ida. adoyai..dia jugalah yang paksa aku masuk kuiz mewakili sekolah. masa tu dah 2-3 bulan nak ambil SPM. aku menangis pun tak dilayannya. last2 aku pergi jelah jadi wakil sekolah. dapat nombor berapa dah tak ingat la pulak. hehe
 Cikgu Shamsiah yang mengajar Sejarah semasa di Tingkatan 4.

papan kenyataan pelajar. di sinilah dulu aktiviti sekolah dicatat. dan gred pelajar sekolah juga dicatat disebelah dinding bertentangan. di situ juga nama aku pernah tercatat menjadi pelajar terbaik SPM 1998.
jejantas ini tak ada dulu2. puas sabung nyawa bila nak melintas untuk tunggu bas di seberang jalan nak balik rumah. sambil tu beli ABC sedap dan makan nugget.
tempat tunggu bas depan sekolah. kadang2 rasa nak pergi bandar atau bas yang ditunggu2 tak lalu, aku dan kawan2 naik bas pergi stesen bas untuk dapatkan bas yang betul.

7 ulasan:

  1. kenangan masa skolah mmg indah kan...rasa nk pth balik...tp mase skolah dlu mcm tak menyabo2 nak kasi perabih :)

    BalasPadam
  2. SJ; hehe..ada unsur2 ek..

    ratusiput; oh tidak..dulu cikgu tanya cita2 nak jadi apa? nak belajar sampai bila..haha tanak membesar..

    mimy; taula sekolah engkau dekat nok..

    BalasPadam
  3. tetiba teringat aku nangis takmo masuk sekolah pondok

    BalasPadam
  4. ann, aku melarikan diri dari sekolah pondok. dah kena masuk sekolah ni. ahahaha

    BalasPadam
  5. smakh byk memori terindah... girls school.. ustazah fatimah now bertugas kat smasza ladang... heeehee

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.