Khamis, 22 September 2011

Soalan2 Musim Raya Kali Ni

1. dah kawen?
- aku jawab belum, dan-dan nak carikan pasangan untuk aku..dan-dan citer pasal adik akak ada seorang masih bujang,berjaya.....aku sengih ajela

2. belum ada lagi?
- aku diam sengih...terus dikatanya ni mesti memilih ni. muka dah cantik..mesti ada yang kena reject2 ni kan..aku sengih lagi

3. teman kau mana?
- aku jawab, macam biasala lone ranger..hahahaha...kau ni orang lain semua datang berpasangan...takpe aku dah biasa raya sorang2 ok

4. bila nak kawen ni?
- aku sengih lagi.....cepat2 cucu akak dah nak masuk 5 orang..dia belum kawen2 lagi...

tapi aku tak kecil hati. sebab aku percaya pada qadak dan qadar. dan bukan aku tak mencari. aku puas menemui orang yang salah. dan aku puas akhirnya menemui orang yang hampir sama pemikiran dengan aku..yang buat aku rasa tenang dan senang. tak perlu aku kerut2 dahi bila aku ajak pergi solat semasa dalam kompleks, dikatanya dia periodla, seluar kotorla, saya qadak kat rumahla....macam2 alasan..sambil buat2 muka tak malu dengan tuhan tapi malu dengan aku.

pun begitu aku bukan orang yang sempurna solatnya, tapi aku akan sentiasa mempertingkatkan kefahaman maksud2 bacaan dalam solat agar diri aku sentiasa takut kepadaNya.

perkara pertama yang aku lihat pada seseorang ialah amalan agamanya.

asal usul perempuan dari tulang rusuk lelaki, maka lelaki yang aku ingini ialah yang menjadikan aku bangga bersamanya. bukan sikap riak dan berlagak, tapi kerana dia memiliki karisma dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang lelaki. pada Allah, pada agama, pada kedua ibu bapanya, pada ahli keluarganya. jika dia pemimpin, biarlah dia seorang yang adil kerana kelak dia akan mengadili keluarganya sendiri dengan saksama.

eh boleh tahan jugak aku menulis - sebab kadang2 orang masih tak faham kenapa aku begitu memilih..

7 ulasan:

  1. Jodoh, ajal, maut itu ketentuan Allah.. Pasti ada hikmah di sebalik apa sahaja yang berlaku.

    BalasPadam
  2. betul2...amalan agama tu penting..permulaan utk sgalanya.biarkan apa org nk kata...sok kite kawin menda lain lak yg dikatanye...mulut manusia kan...mmg sampai bebila takble nk ttup.

    BalasPadam
  3. take ur time to choose your 'lifetime' partner k....
    org2 yg bertanya tu bukan nak be there tru thick or thin, ups & downs...u gak...
    so take your time....

    BalasPadam
  4. okla tu dah jumpa....cepat la bertemu jodoh yer amin

    BalasPadam
  5. nanti lepas kawen macam2 soklan lagi akan muncul....

    BalasPadam
  6. yer, agama lah yg patut diutamakan dan kebanyakan itulah ciri yg dipinggirkan skrg ini...
    kita kahwin bukan setakat nak buat teman, tapi sbg ketuan dan pemimpin keluarga...

    xper babe, soklan solo begini... soklan org kawen x beranak lain... yg penting, kita tahu apa yg kite nak... apa yg lebih membahagiakan kita... tak guna kahwin kalau dgn pasangan yg silap...

    BalasPadam
  7. kita memilih sebab kita nk yg terbaik..xpe eri chan..pelahan2 ok...Alhamdulillah awk dh jmpe ngan pilihan yg tepat...

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.