Rabu, 28 September 2011

Mak Senyum-Sengih-Gembira

selepas entry semalam ditulis, zcat menghubungi aku lepas dia membacanya. jom pergi jumpa mak. kasi hati tenang. ya..ya...dia sense tentang perasaan aku yang bergelora memikirkan pasal emak.

maka semalam aku naik LRT sebab nak pergi ambil kereta dan pergi lawat emak di KD. sebelum tu before lunch aku dah call emak dan emak berbunyi gembira-ceria. maka hilanglah sedikit gundah-gulana dihatiku. mak bersemangat bercerita dah siap memasak untuk lunch bagi anak2 lelakinya. ya alhamdulillah.

pengalaman naik LRT semalam agak kelam-kabut sikit. beria-ria aku ikut si Fahada naik bas sampai LRT ampang station. kemudian dia menunggu2 aku yang terhegeh2 berjalan dengan wedges. si Nadiah dah ke depan 20 meter.

kononnya nak guna kad TNG Julie yang aku pinjam sebab tak mahu bersesak beratur beli tiket, sekali...pada pintu masuk berkali2 aku touch TNG tu dia mention kad tidak sah. 2-3 kali aku buat..ini tidak boleh jadi...orang2 dibelakang semua nak cepat sebab tren sedang menunggu. makanya aku babai je fahada...dan dia pun babai aku balik. aku pun kenalah beratur beli tiket. mesin tiket berbalut plastik semalam. tapi tak ramai orang.

hmm..aku pun kenalah tunggu LRT lagi..mujur tak lama. dan orang pun tak sesak...jadi dapat duduk dengan selesa...jadi sepanjang perjalanan aku pun main PSP..ada jugak hiburan.

sampai Chow Son Lin kenalah tukar tren ke Seri Petaling. dan sampai sana zcat datang ambil. mahu berpeluh2 jugak aku menunggu dia..haa tulah dah biasa balik rumah dalam keadaan comfort kan...sejuk je air-cond kereta, sekarang....boleh berkumuh dengan banyak.

jam pun dah 7.50malam masa tu. maka aku pun solat maghrib & isyak di rumah zcat. heppss ada parents dirumah juga adiknya ya, lepas borak2 dengan mak dia...aku pun dijamu makan...ya kali ke-3 makan nasi hari semalam. selamat berjaya!!

jam 9 malam pergilah jumpa mak aku pulak. pot-pet semua....abang2 dan adik aku pun pot-pet sama. dari cerita mak jatuh sakit sampaila cerita aku sound Syiah yang asyik berborak je dalam surau perempuan Ampang Point. kuat pulak tu. sound English tak faham..dah tu aku buat isyarat tangan je. dah aku keluar..diorang sambung borak kuat2 lagi. hampeh betul..aku memang geram dengan puak sembahyang pakai batu karbala untuk sujud ni. korang kalau nampak diorang ni sembahyang sujud atas batu kecil jangan blur2 pulak ye. itu orang syiah dan kebanyakan syiah dari Iran. dan mereka ini sesat..

jam 10 malam gitu aku gerak balik..sempat minum2 air kat Nalli. mahal seh... lepas tu balik rumah...mandi2..dan tidur taktahu jam berapa. bising macam biasa. jam 3.30pagi aku bangun ke toilet pun still ada lagu2 lagi....arghhhhhhhhhhh...sudahnya pagi ni sampai Pink call aku..ya terlewat keluar rumah 2-3 minit.

pagi ni mak aku dan abang2 pegi penang. mak nak duduk sana pulak..

7 ulasan:

  1. ha kan senang ade yg peka dgn hati perasaan kite.ehehe...mesti mak suke tu anak perempuan dia dan bakalllllllllllll datang melawat...penat skit takpe jnji mak hepi...

    BalasPadam
  2. ok la tu dah pegi tengok..segalanya berjalan lancar..harus ko hapdate citer sujud puak syiah,,,aku pun baru tau

    BalasPadam
  3. Hati pun sudah senang dapat jumpa mak kan... Baru ni ler dengar pasal puak syiah..

    BalasPadam
  4. pasal puak syiah aku akan cerita lain entry. kasi hati tenang sikit.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah yg penting ur mum dah ok..

    BalasPadam
  6. sib baik ada yg memahami perasaan tu kan....
    mesti ur mom hepi....
    and u pun mesti rasa lega hati....

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.