aku tak ingat bilakah kali terakhir aku jumpa kak Dewi - kakak sulungku. dia sentiasa bergerak..bebas...ke sana ke mari...kali terakhir sms dia kata dia sakit kronik tapi tak mahu cerita. tak mahu sesiapa risau. derita tak mahu berkongsi dengan family.
akhirnya pada Khamis lepas aku bertemu kak Dewi di rumah abang aku di KD. pertemuan sekejap tapi cukup memberi aku peluang untuk melihat wajahnya. dia ceria..seronok bercerita seperti dulu2. katanya aku gemuk....dan sibuk cakap masa pregnant dulu dia 50kg je..oh yelah aku dah 34 belum pregnant pun lagi dah 64kg. hahaha...opps belum nikah mana boleh pregnant.
dia nampak sihat..kemudian pertemuan tidak lama..tapi sempatla kami ambil gambar. entah bila nak jumpa lagi. pertemuan tak dirancang..perpisahan berlaku tanpa kenal waktu.
kak Dewi - usianya sudah 50 tahun nenek kepada 4 orang cucu..seorang lagi on the way 25hb Sep ni insyaAllah |
aku dulu2 dijaga kak Dewi masa kecik2 dulu agak lama. aku selalu ikut dia...ssampai orang kata aku anak diakah? hehe tentu tak mengaku..nakal sangat aku ni....kali terakhir aku tinggal dengan dia semasa menuntut di Kuala Terengganu tahun 1998.
mak ikut IC 74 tahun, kata mak umur sebenar 72 tahun. surat beranak terbakar ketika rumah terbakar dulu2 |
Adeeb, menginjak 2 tahun. dapat adikla Sept ni..heheh |
Wah... kakaknya sudah ada cucu.. Mesti seronok jumpakan bila dah lama tak berjumpa.
BalasPadambila lama tak jumpa...
BalasPadammesti byk yg nak distorikan...
dpt ler melepaskan rindu dendam...
untung orang tua dulu kawen awal ..anak dah besar macam seusia lak..pastu sempat merasa bercicit...
BalasPadamDewi sebaya kakcik, tapi kakcik jangankan cucu, menantu pun belum ada! :)
BalasPadamkakak saya ni dah 3 orang anak dia kawin
BalasPadam