Sabtu, 10 September 2011

Perjumpaan Adik-Beradik Masa Raya

disebabkan mak tak mahu raya di Koyan, mak dengan abg Lut & kak Cuma with family masing2 raya di Terengganu. aku & kak Cupa serta anak2 dia raya di Kajang. yang lain2 semua beraya di rumah memasing (kot..).

hari raya ke-3 aku tak kemana2 untuk raya tapi pergi pasar eh econsave beli ikan sebab nak masak nasi dagang...elokla hari raya ke-4 adik, kakak, mak, abang, anak2 buah nak datang bertandang. ah sudah.........

nasi ditanak dulu dengan halba & halia yang dihiris. nisbah 2:4 = beras pulut:beras biasa..lepas dah separuh masak, tuang dalam periuk kukus gaulkan dengan bawang merah yang dipotong mayang...kukusla gaulkan dengan santan pekat

ikan tongkol/kayu/aya. aku beli 2 ekor (dalam 1kg). guna rempah bunga rose (rempah daging & gulai nisbah 1:2) khas dari Kuala Terengganu. bawang besar 2 biji, bawang putih 2-6 biji, halia dikisar. juga cili kering dikisar. main campak2 je masak ni. hehehe..masukkan asam jawa dan asam keping. juga masukkan santan..oh ikan tu kena rebus dulu yer..gunakan air rebusan juga buat kuah..pastu masukkan garam la dengan gula sikit..okay...

dah sarat si Kema ni.. bulan 10 insyaAllah bersalin anak ke-3

lepas makan tido....elok sangatlah landingnya

si nanan ni pun sama

ok ni gambar sebelum aina terlentok tadi...lepas tu diorang pergi check-in tidur kat Equatorial bangi sebab rumah kak Cupa konfem penuh...hahaha..(aku tido atas sofa 2 seater je weh...)
esoknya diorang2 ni nak beraya kat rumah aku pulak. ah bukan ada apa pun rumah aku tu..nak datang tido bagai adik aku tu...ecececece..next entry jelah...


5 ulasan:

  1. sedihla kakcik lepas tu saya migrain..saya suka makan...

    BalasPadam
  2. menu selalau ku jumpa di terengganu masa raya...mana2 ada aje ...pengsan jap

    BalasPadam
  3. sedap sungguh nasi dagang lembek tu..kecewa tak dapat makan bebanyak..hehe. awat mak muka cenggitu je dalam gambar..huhu

    BalasPadam
  4. mimy..kenalah belajar makanan keluarga mertua kannn...

    haha lembik2 pun suka ke mey? tapi gembira sebab habis...puas hati masak..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.