Khamis, 17 Disember 2015

6 Rabiulawal 1437H - Acuan Roti Bentuk Panda

Siapa tak rambang mata kalau pergi MR. DIY? Aku boleh duduk sejam kat situ tengok barang je. Belum pilih beli lagi tu. Hahaha.

Masa duduk Ampang dulu ada je MR. DIY ni kat Fiesta a.k.a Axis. Tapi tak semeriah di Giant Bandar Kinrara. Setelah mereka ambil alih lot kedat perabot Bahagia, aku lebih bahagia menengok barang2 dalam MR. DIY ni.

Macam2 mak nenek ada. Kira hampir semuanyalah ada. Harga pun berpatutan.

Salah satu barang aku beli ialah acuan untuk membuat roti rupa panda. Selalu aku baca blog ibu2 kat luar sana yang menghias makanan untuk anak2 mereka agar lebih menarik. Yelah budak2 cepat bosan. Kalau pandai cara dia makan. Kalau tak....dia minum je.

Aku ni pun anak belum sampai 2 tahun nak cari idea hidangkan makanan untuk Aqlan ermmmmm....selalu google je mesti pergi ke Australia.

Yang ni senang sangat gunanya. Tapi...aku tetap akan simpan instructions kot2 lupa.




Aku letak jem je. Ada satu tu dibakar dalam toaster tapi Aqlan macam paksa diri makan. Haha. Tapi cute la. Husband cakap roti yang lebih2 boleh buat puding. Ok nak kena korek resipi lagi.

2 ulasan:

  1. atotototo comelnya.. buat banyak2 then tapau pegi piknik kat zoo makan depan giant panda situ hehe =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah berangan nak bawak pergi holiday benda ni. Senang.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.