Khamis, 28 April 2016

Kedai2 Yang Buatku Gembira

Siapa tak suka shopping kan....lagi2 yang memang ada duit gaji sendiri lagilah godaan shopping tu ada. Tak setiap minggu setiap kali dapat gaji. Macam aku suatu masa dahulu ketika masih bekerja. Kedai fizikal pergi...kedai online pun membeli.

Walaupun macam tu aku suka kedai pengkhususan. Memang suka datang Mall2 besar sebab sejuk layan aircond tapi kedai2 kecil ni bagi lebih keasyikan. Boleh hadap berjam2. Yang tukang teman kenalah bersabar. Hahahaha.

So kedai2 yang buat aku gembira dan akan sebut heaven ialah....susunan mengikut yang paling aku gemar.


  1. Kedai Alat2 Menjahit - dari dulu aku suka pergi sejak zaman sekolah. Tahun 90an kalau mak bawak pergi kedai jahit mata aku yang melilau atas bawah syok tengok segala mak nenek warna benang, manik2 dan alat2 jahitan seperti untuk buat crosstich atau mengait. Kat Koyan tu adalah kedainya tapi kecil je. Kat Raub besar sikit. Kat Jalan Tar Kedai Bunga Reben lah yang aku kerap pergi pun. Tapi sekarang aku suka kedai Karysma kat BBB tu. Phew boleh layan lama..tapi asal pergi je mesti hujan renyai2. Hehe.
  2. Kedai Bahan2 Bakeri - Walaupun tak berapa pandai nak membuat kek, pastri dan biskut aku tetap suka pergi sebab aku rasa happy tengok bahan2 buat kek.


    Tengok bahan pewarna, mangkuk adunan dan segala mak nenek tu buatkan aku rasa nak cuba pelbagai resipi menggunakan oven. Tapi percayalah aku kalau buat bakeri ni memang aku ikut sepenuhnya apa yang resipi tu tertulis.
  3. Kedai Alatulis - Aku memang gemar membeli stationery. Waduh...sejak berkenalan dengan pensil mekanikal dan pen gel aku tahu dah jenis apa yang terbaik. Mahal tolak tepi yang penting sedap guna. Masa kat UKM aku selalu pergi Czip Lee. Pastu ke Popular. Sekarang aku rasa Pustaka Rakyat kat BBB tu boleh tahan harga dia. Maksud aku harga dia murah. Kat situlah aku beli Sharpie aku sekarang. Cheap cheap cheap.
  4. Kedai Buku - Ini pun lagi satu. Aku sebenarnya nak letak nombor 3 ke 4 aku keliru dah. Hahaha. Sebab kalau aku masuk memang aku akan membeli dan habis duit tutup mata je. Dah tak kerja jangan nak over sebab harga buku bukan murah. Sekarang beli buku je semua resit nak kena simpan sebab laki nak guna untuk tax. So tentulah Buku Fixi jadi port aku selain MPH. Laki boleh tinggalkan aku kat situ kalau kami buat turn nak pergi solat. Yelah kena jaga Aqlan kan. So kalau kat situ memamg kat situ je aku lekat. Kedai baju pun belum tentu aku boleh tahan menunggu.
Itu jelah nak cerita....lalalala. Kedai2 lain takde gambar buat masa ni. Aku tak snap pun. Nampak tak khayal kat situ.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.