Jumaat, 29 April 2016

Naik Keretapi Tengah Malam

Siapa pernah naik keretapi malam? Boleh tidur dengan agak selesa kalau ambil koc bunk beds.

Aku dulu naik masa nak pergi daftar di Institut Teknologi Mutiara di Bayan Baru, Penang. Ambil matrikulasi perakaunan di bawah UKM tahun 1999. Naik dari Kuala Lumpur ke Butterworth.

Kemudian zaman praktikal kat KTMB. Tahun 2003. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Ada majlis perkahwinan staff KTMB dan diorang buat promosi untuk pengguna.

Sekarang aku aim nak naik ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan ke Gemas. Wahhhhh...mesti syok...tapii...sekarang Aqlan masuk 2 tahun. Tantrum dia berbeza. Mudah mengamuk dan agak mahu diberi perhatian lebih.

Anakku sayang main keretapi beli di Daiso D'Pulze. Tak semua Daiso ada jual tau. Satu koc RM5.30. Puaslah abah dia nak kumpulkan sekali dengan rel.




2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.