Minggu ni ada pelbagai berita. Kalau tadi pasal kematian ni nak cerita pasal kelahiran.
Ada kenalan dah dapat anak. Pertama yanh dapat anak setelah berusaha lebih 5-6 tahun. Akhirnya pada 19hb dapatlah seorang baby girl. Sukalah tu sebab anak perempuan kan disukai seorang lelaki. Tahniah Que.
Kalau anak jadi tujuan kahwin bahaya. Sebab kalau tak dapat anak tahun pertama or kedua dah bercerai. Itu kes kawan aku dulu. Kesian dia. Sedih juga aku dengar. Lepas 3 tahun tak dapat anak bercerai atas permintaan mertua. Elok laki tu kawin lain isterinya mengandung. Bertambah tension kawan aku tu. Dah tentu dituduh tak boleh beranak. Aku cakap kat dia..kalau kau Allah tak takdirkan beranak umur sekian2 kau takkan beranak jugak. Dia muda dari aku 4-5 tahun juga. Tengok aku kalau kawin umur 22 pun (sebab aku dah dirisik time tu)..kalau Allah kata aku beranak umur 36 takke 14 tahun nak tunggu..sudah..end of story.
Kisah kedua kawan baru bersalin pagi ni. Yang ni bunting pelamin. Tak payah nak tunggu or berusaha lebih. Rezeki Allah maha luas. Tahniah Fahada dapat anak lelaki.
Mendapat anak ni adalah ujian besar sebab hidup kau 100% berubah. Tengok aku sudah. Hahaha. Sebab aku tak boleh buat 2 kerja dalam satu masa. Lebih baik aku berhenti jaga anak tengok dia membesar. Supaya aku tak menyesal aku spent masa ketika dia membesar. Sebab ya ajal tak dijangka. Jadi buatlah keputusan tu bukan untuk kepentingan diri. Walau kadang2 aku rindu juga nak kerja semula. Tapi laki aku pandai selalu pujuk aku. Okay..
Jumaat, 22 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.