Khamis, 14 April 2016

Resipi Daging Masak Kicap

Minggu ni macam2 resipi baru aku cuba. Makan benda sama pun bosan. Budak umur 2 tahun pun dah pandai memilih makanan. Kalau tak kena tekak dia..dia reject macam tu. Kita yang sediakan makanan geram juga.

Resipi ni tengok kat Google. Tapi olah ikut tekak dan bahan apa yang ada.



100gm Daging lembu dari Australia yang telah dinyahbeku. Potong kecil2 supaya senang nak ngap dan cepat dimasak.
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar. Sebab patut diketuk tapi takde tempat nak ketuk kita tumbuk 2-3 kali sudah.
1 inci halia dihiris panjang.
1 biji Bawang Holland dihiris.

Bahan perapan 15 minit je perapnya.
1/2 sudu teh serbuk lada hitam Sarawak.
6 sudu teh kicap pekat manis Jalen.
1 sudu teh minyak bijan Nona.
1 sudu teh sos tiram Maggi.

Tumis halia dan bawang putih. Masukkan daging. Tambah air..biarkan 20 minit. Api perlahan.

Bila dah lembut sikit daging tu masukkan bawang dan biar lagi 20 minit. Masukkan garam bukit.

Bawang akan menjadi karamel. Resipi asal aku tengok periuktanah.blogspot.my takde bawang dan beliau ada masukkan sayur campur. Jadi ya aku puas hati dengan resipi olahan aku ni.

Daging tak banyak itulah aku makan sorang. Laki cuma rasa satu sudu. Kenapa dia tak makan? Sebab dia makan lauk semalam iaitu Ayam Masak Masam Manis Style Indonesia. Aku masak lauk tu dia suka nak rasa masa hantar gambar. Jadi Frozen kan untuk dialah. Semalam juga aku masak dumpling tapi dalam bentuk popiah. Itupun laki suka. Bila dia suka makan kita pun lebih semangat nak mencuba resipi baru. Tinggal ada bahan ke tak je. Hehe.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.