Kes aku....dress yang pakai sekali je iaitu ke dinner terkena lunturan warna hitam dari skirt dress tu sendiri. Baju krim. Kainnya kan hitam. Tak boleh pisah cuci sebab dress kan. Aku rendam dengan pencuci untuk pakaian dalam. Tak masuk mesin. Sekali aku nak bilas dah hitam kain lace krim. Sedihnya...kenapa aku rendam...tension kejap. Aku rendam malam esoknya nak cuci dah hitam.
Pastu aku gunakan Dylon dan rendam dalam air suam. Panas sangat kang fabrik jadi lain pulak. Tak jalan.
Esoknya aku perah limau nipis 5 biji dan campurkan dalam baldi bersama 1 scoop sabun serbuk. Masukkan air panas campir air paip jangan kasi panas gila ya.
Aku biar dalam 18 jam. Bilas dan sidai. Kena sidai melintang supaya yang hitam tak temu yang krim.
Apa hasil?
Ikut hati aku nak dye je semua biar hitam legam tapi laki tak bagi. Katanya nanti jadi kelabu. |
Pada lace tak hilang tapi pada kain dalam dia hilang |
Tapi laki pujuk tak nampak sangatla |
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.