Jumaat, 8 April 2016

Grand Dinner Office Suami

Kita dah tak kerja...so kita pergi majlis2 suami aje. Drama sangat kan.

Okayla....siapa yang baca blog ni sejak last 3 week adalah cerita sikit2 pasal nak pergi dinner. Dari membeli baju sampailah aksesori. Gigih kan. Demi untuk suami. Ya suamiku cerewet. Nak cantik2. Nak kena bersiap. Sejak bertunang dah tahu. Hakikat yang bini kena telan. Sekali sekala takpelah kan. Tiap2 bulan pengsan jugak.

Nak pilih baju pun....kena approval. Dari memilih baju anak sampailah ke aksesori. Waduhhh....

Mari cerita dari persiapan....kita recall balik...

Aqlan

Baju Trudy & Tredy. Seluar Tenderly. Suspension dari seluar raya tahun lepas. Bow The Tie. Kasut H&M. Stoking dari kedai playground.

Suami

Baju Claiborne. Seluar Mark's and Spencer. Belt Boss. Suspender & Bow The Tie. Topi dari kiosk di IOI City Mall. Kasut dia kasut yang sangat jarang dipakai tak tahulah nama apa. Jam tangan dari koleksi dialah pun aku tak ingat. Hahaha jam dia banyak kot. Stoking pun aku tak tahu. Sebab kebanyakan barang dia semua dah ada. Yang baru cuma topi, suspender dan bow.

Aku

Baju Occasion from Poplook. Mujur takde yang pakai wei.. adalah aku tengok fashion lain dari Wedding and Celebration theme. Shawl Tudung People. Rantai pinjam dari adik ipar..tak silap Lovisa. Jam Swatch... Cincin dari kedai di Kenanga. Kasut Vincci. Stoking tak ingat dah...

Pasal make up aku ada cerita sedih. Sebenarnya aku nak pakai all new from Althea. Sekali cek masih dalam perjalanan dari Incheon, Seoul. Sudahnya aku pakai apa yang ada...

Bedak TheFaceShop Cushion Screen Cell Cover 01 Radiant Beige. Lipstick TheFaceShop Creamy Matte dan Voodoo City Dumb Mattewaterproof. Eye shadow The Nudes Maybelline New York. Eyebrow Pencil & Flexiliner For Eye from LĂ©lan Vital. Dan last sekali celak serta powder from Clinique. Yang baru Voodoo City lipstick je. Hahaha.

Aku mekap diri sendiri lepas solat maghrib di R&R LDP. Dalam kereta dengan lampu kuning. Aqlan tidur masa tu. So yeah aku pakai bantai je mekap. Siap laki on kan lampu hp dia bila dia masuk nak tengok. Yelah kang kalau terover.....bukan majlis Company yang aku kerja...ahaha aku dah bersara okayyy.


Kami sampai dalam jam 8.06pm gitu. Laki pergi daftar ambil nombor tukar2 hadiah dan nombor bertuah. Lepas tu ambil gambar sebelum masuk pintu dewan.

Aku pun jalan dengan yakin mana meja nak duduk ni. Oh dah ditandakan...so kami duduk meja nombor 3. Depan pentas. Bagus aku terus duduk mengadap depan.





Makanan laki la yang ambikkan. Aqlan dah ke mana2 dengan karipap. Aku pergi ambil sup sedap je. Kambing bakar orang sebelah bagi hak dia. Dia share dengan suaminya. Baik tak..ibu mengandung tu. Tapi aku suruh dia makan dululah...aku takde hal share2. Ada orang geli ok. Dia makan sikit last2 bagi aku. Haaaa nak beratur tak kuasa...panjang sangat.


So kami gilir2 jaga anak sambil nak kena makan. Aku makan yang ringan2 je. Makan karipap. Kuih koci. Kuih seri muka. Minum teh tarik. Air anggur dan kopi o.

So banyak masa dah lari dari jadual asal. Maka semuanya jadi lambat. Tapiiii anak aku kekal aktif sampai nak balik jam 12. Yang penat....kami juga. Aku nak kejar dia dengan heels. Lagilah...dah berapa tahun tak pakai heels. Hari ni pakai nak dekat 5 jam. Gila.

Jadi apa acara yang ditunggu? Cabutan bertuahla...tapi kami tak bertuah ok.

Apa yang best...laki dapat sijil penghargaan dah lebih 20 tahun kerja dengan Company ni. Dan dapatla juga imbuhan yang akan dimasukkan terus ke akaun bank. So dia punya tangga 5 tahun..10..15..dan 20 la. Banyak benda best jugak. Yang cemerlang dapatlah handphone Huawei. Ada juga dapat melancong. Boleh tahan hadiah depa. Walaupun bukan setiap tahun buat dinner. Sebab tu la dipanggil Grand Dinner.











So we are happy. End of the day laki berkaraoke. Hoiii nasibla dia sakit tekak kalau tak..ada yang tak balik. Sempatla nyanyi 2 lagu tu. Yang pasti department dia je conquer. Yang lain dah balik. Siapa nak tahan wei dah nak jam 12 malam.

Gambar dari kamera ofis dia kena tunggulah...kamera kami bateri mati. Pakai handphone jelah...

Yang pasti anak aku dicam orang sebagai... Budak tak penat2..tak habis bateri..tak duduk diam. Grrrr.

4 ulasan:

  1. Yang nampak paling seronok, tentulah Aqlan kan? :)

    BalasPadam
  2. comel zcat....hahah..weh napa tak ootd selfie...tak aci nak tgk baju

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunggulah gambar rasmi company dia nanti aku tepek k..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.