Jam 3 pagi camtu aku terbangun untuk ke tandas. Mata pun tak boleh lelap. On kan hp sekejap.
Daily Mail melaporkan penyanyi Prince mati di kediamannya akibat flu sejak seminggu lalu.
Whatsapp pulak ada mesej dari En. Zainal mengatakan En. Zainol dah meninggal dunia Selasa lepas di Indonesia. Tak tahu sebab apa. Yelah aku pun terus tanya direct time tu memang tak sesuai.
Pasal Prince aku takdelah apa nak cerita. Cuma pasal arwah En. Zainol memangla aku kenal sangat sebab dia yang jaga bangunan MBF tu sejak bangunan tu dibawah milik SPK lagi. Beberapa tahun sebelum aku kahwin dia berhenti dan kerja di Menara LPP tempat aku dan laki buat resepsi kahwin.
Arwah juga banyak tolong aku bila kereta kemek nak pergi ketuk dan cat. Mana nak dapat tempat murah. Juga temankan pergi beli TV dekat Jalan Pasar. Masa tu aku dan Ping pergi sekali lah. Selalu juga dia belanja makan bila aku kena station kat ofis maintenance.
Semoga Allah merahmatinya. Amin.w
Jumaat, 22 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.