Mak aku dah lama duduk dengan abang aku di Kota. Dulu2 masa aku masih bujang kadang dia datang juga duduk sama2. Tapi tak lama sebab dia bosan kena tinggal sorang bila aku pergi kerja. Dudukla mak layan TV dan Radio dan tengok budak2 balik sekolah. Rumah aku duduk semuanya dekat dengan sekolah kecuali masa duduk di rumah kedai dan flat Sri Kemboja...ye ke? Sebab duduk sekejap aku memang tak berapa nak ingat. Haha.
Hari ni datang jumpa mak. Bagitahu mak plan bulan depan siap2. Bukan apa...nak pergi lama dan jauh sikit. Kekeke teringat memori mak dan aku pergi bercuti bersama2. Puas juga aku bawa dia. Cuma ke Sarawak aku masih belum lunas. Camna ni...ada rezeki dan keizinanNya aku nak bawak juga mak. Sebab mak teringin sangat. Aku je bodoh tak reti beli tiket kapal terbang dan bawak mak..maksud aku kalau kami 2 orang lah. So dah kawin ni tiket kapal terbang semua laki yang settlekan. Aku ikut aje. The last time bawak mak pergi Singapore naik flight bukan main happy dia. Sejak tu nak pergi sana nak naik flight je. Hahahaha. Kalau tak nak naik keretapi atau bas.
Sebut pasal keretapi aku teringin nak naik ETS sampai hujung utara. Dan juga berangan nak naik keretapi yang very the tu...alah yang warna hijau dan sampai Hatyai from Singapore. Angan2 sangat. Dah tak kerja takde pendapatan diam2. Hahaha.
Jumpa mak ni perlu. Mak pun nak jumpa cucu dia ni si Aqlan.
Si Aqlan kalau datang rumah tu segala perhiasan dia nak main. Sempat pecahkan satu gelas perhiasan. Nasib baik tak cedera. Tapi aku dan mak pulak yang kena.
Bawak karipap Ikea 6 biji. Sebab mak suka. Pergi Ikea semata2 beli karipap ada line khas. Syok jugak. Tak sampai 15 minit jadi free parking walaupun masuk guna Touch N Go. Nasib Ikea amalkan 15 minute grace period. Undang2 ni wajib sebenarnya. Maklum aku jaga parking MBF dan APSC mahu bertahun2. Tapi ada je yang tak patuh. Aku pun tak faham pijak Kastam ni tak cek ke? Yang bagi lesen parking tu pun tak buat siasatan ke. Aneh ya..
Dah lepas asar kami pun balik. Singgah MCD sebab nak minum Coke. Percayalah hanya Coke yang dijual di McDonald's je masih terasa semgat hidung. Ingat masa kecik nak minum air gas nak rasa sengat hidung. Hahaha.
Sabtu, 9 April 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.