Ahad, 10 April 2016

Nekoatsume Game Kumpul Kucing

Siapa yang terjebak dengan game ni? Aku dah terjebak berbulan2. Ini semua laki aku la ajak join.

Mula2 aku tanak. Aku buat dek je dalam seminggu dua. Kemudian bila 2 beradik tu asyik cakap pasal kucing belaan diorang je aku pun install la game ni. Aduh...

Game ni senang je. Beli makanan..beli barang..beli yard. Tunggu kucing datang. Ambil gambar buat profile. Pastu itu jelah kerjanya. Takde adventure.

Kemudian lama juga main makin slow sebab semua barang dah beli semua yars dah beli. Takde new one. Aku pun macam nak tinggalkan je. Sekali ada update. Ada kucing2 baru. Dan yard baru. Dan barang baru. So terjebakla lagi sekali.

Cuma kali ni aku pulak yang sorang je main. Adik ipar aku main balik lepas dah lama stop. Laki aku stop terus.

Hari ni aku dah dapat kumpul semuanya kecuali seekor je belum dapat ambil gambar iaitu Frosty. Aku siap gugel tengok apa nak bagi makan. Nak bagi main. Siap bersoal jawab kat Twitter dengan carian #Nekoatsume gila betul.

25 Nov 2015

24 Dec 2015

2 Feb 2016

4 April 2016

10 April 2016

Nanti aku cerita Rayman pulak. Ketagih jugak game tu.

Update...frosty dah datang pagi tadi akhirnya..


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.