In Makan Luar

Jalan2 Ke Sana Sini

Its a full day outing.


From original plans..makan tengahari kat Saba, Cyberjaya. Kemudian pergi Kharysma jahit tepi dan beli sedikit alatan menjahit dan ke Kamdar untuk beli kain dan kemeja.

Kat Saba dia main ais lepas bagi makan nasi

Kat Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya dia nak main kereta dan lari2 sepuas hati dan turun naik tangga

Jadi jam 7 malam sepatutnya dah baliklah. Tapi....adik ipar ajak pergi Edibee kat IOI City Mall. Pastu terus fikir nak pergi salon potong rambut Aqlan. Nak beli kek sambut belated birthday adik ipar. Tak fikir benda lain.

Masa dalam perjalanan tu Aqlan minum air dan tumpahkan atas dadanya. Sejuk dah kot. Jadi nak kena beli baju tak pasal2 sebab baju spare dah diguna sebab makan comot sangat kat Saba.

Masuk 3 kedai. Last2 beli brand Miki kat dalam Padini. Murah je RM13. Tapi beli tak boleh return. Jumpa twins yang mana mak dia puas la dok kontrol katanya lasak. Hehehe twinsnya comel.

Kemudian makan2 kat Pancake House sebab kesian kat Aqlan. Melayan makan sampai dah jam 10 malam. Lupa nak potong rambut. Sempat grab Chatime dan Edibee.



Ingat balik rumah...ehem...

Sambung pergi jumpa kawan2 suami kat Fatty Crab. Alasan kukuh nak ambil rendang daging landak yang dioramg dah tolong belikan kat tempat lain. Tapi aku tak join sebab Aqlan dah tidur kenalah teman dalam kereta.

Elok je suami masuk dalam kereta signal minyak dah kelip2. Tadi ada 2 bar kot. Pump munyak pulak.

Balik naik LDP tapi ikut jalan dalam dulu sebab sebelum sampai jumpa kawan2 tu ada jem yang sangat panjang jalan balik ke arah rumah. Kereta rosak kat lane laju.

Sampai rumah masing2 dah mengantuk tapi sibuk pegang gajet masing2. Hahaha.

Panjang harinya keluar....11 jam. Tapi puas hati dan gembira..

Dah beli kain baju raya ke uolls?

Related Articles

8 comments:

  1. usah kata dah beli kain, baru raya iolsss dah siap pun hahahaha

    ReplyDelete
  2. Jalan2 Ke Sana Sini jangan lupa tengok kanan-kiri siapa aja ketemu kita yang lagi wara wiri :D
    Salam kenal mbak anis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan ya..jalan2 senyum saja. Duduk rumah hari2 biasa.

      Delete
  3. Ye panjang perjalanan tu Anis...
    11 jam..
    Kalau akak dah tumbang hehe..

    Kain dah beli anis..
    Tapi tak hantar jahit lagi..
    Mujurlah kakak akak yg jahitkan hihi..

    Anak2 mcm tu lah ..
    Mkn mana ada tak comot kan..
    Layan jer lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau keluar dengan keluarga memang macam ni.

      Baju raya kami ingat nak jahit sendiri. Dulu2 jahit masa zaman belajar. Stop sebab sibuk bekerja katanya.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...