Isnin, 11 April 2016

Dah Jadi Member Hero?

Kami jadi ahli pun baru2 je masa duduk Ampang lagi. Kat sana Hero warna Kuning.

Hero di Puncak Jalil baru dibuka jadi dekat la dengan rumah kami.

Nak jadi ahli free sahaja. Dan yang untungnya dapat buku kupon diskaun. Setakat ni 2x kami terima. Memang seronokla shopping terutamanya untuk buat stok barang dapur dan toiletries.

Aku suka simpan stok barang. Sebab bila dah habis taklah kelam kabut nak pergi beli. Buatnya kedai tutup ke..kan memyusahkan. Dulu laki aku tak faham dengan perangai aku ni. Lama2 dia pulak syok join buat simpan stok. Especially sabun basuh pinggan la. Kemain laju penggunaan dia. Dah masak hari2 kan. Zaman bujang jangan harap. Masa belum ada anak pun jarang juga memasak. Sabun boleh pakai berbulan. Sekarang ni.... hurmmm cepat habis dan untuk aku tahu berapa lama bertahan aku akan tulis date. Senang.

Kami dah shopping. Semalam. Dan ada lagi yang kami tak beli sebab kali ni sepanjang April 2016 jadi simpan sikit. Ada juga yang takde stok macam tisu dapur dan pencuci tandas.



4 ulasan:

  1. Belum ada Store yang terdekat .. yg ada store 'dekat lagi murah' je setakat ni ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat lagi murah memang dekat dengan kita. beli ais batu murahla..

      Padam
  2. peh ko ni details...hahaa...tak tepikir aku sampai ko tulis...tapi ko mmg gitu orang nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu jaga akaun orang. sekarang jaga akaun sendirila. ala2 audit stok barang. hahaha.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.