Citer hantu tu pulak dah tertengok habis terlayan. Beranak Dalam Kubur dan Penanggal. Tapi tak takut sangat. Still cerita Jerangkong filem Indonesia zaman 80an yang aku takut...masa tu lah.
Dah la aku tengok cerita tu sorang2. Yang serrrr sikit bila nak pergi toilet jam 4 pagi, pintu rumah tak tutup rupanya. Ciss nasib baik aku dah tak takut sangat macam masa tinggal di asrama. Kalau kat rumah mak kat Koyan tu mahu krik krik jugak.
So aku buat inti karipap ni aku tengok resipi orang pasti aku olah untuk tekak Aqlan. Mana boleh pedas2. Pastu aku pakai pastri siap jenama Kawan. Malas aku nak menguli. Lagipun aku nak bakar je. Tak minat goreng sangat. Bakar is more healthy. Gitewwwww padahal kelmarin baru makan ayam goreng Texas Chicken yang pasti lagi besar saiznya dari KFC.
Resipi inti. Tulis supaya boleh buat lagi sebab laki dan anak suka makan. Adik ipar aku tak minat pastri. Hoccayyy..
- Kentang 2 biji dipotong dadu
- Filet ayam 8 keping dicincang halus
- Serbuk kunyit dimesrakan dengan ayam cincang bersama sedikit garam
- Bawang merah 2 biji dikisar bersama 2 ulas bawang putih
- Daun kari
- Serbuk kari ayam/daging
Menghasilkan 13 biji curry puff.
Yang bakar laki aku...so tak tahu berapa minit. Ok aku memang fail guna oven. Hehehe.
nak tiruuuuuuuuuuuuuuuuu
BalasPadamSilalah tiru ya
BalasPadam