Aku dah lama menabung insurans dengan Prudential. Sejak tahun 2005. Masa tu belum setahun genap pun aku bekerja. Masih lagi terkial-kial membuat bajet untuk transportation fees, bayar PTPTN, sewa bilik dan keperluan asas. Aku tak tahu sangat mana baiknya ada insurans ni.
Aku sign up pun sebab kawan Petrosains aku yang galakkan. Rafiq nama dia. Tah mana dah pergi. Lost contact. Dia kenalkan dengan ejen insurans iaitu Darul, kawan dia sendiri. Lost contact gak sebab aku sendiri yang hilangkan diri dari dunia Facebook beberapa tahun. Haha. Bosan gila Facebook tu macam manalah aku boleh haniskan banyak masa kat situ dulu2. Sia-sia betul.
Sekarang aku dah tak bekerja. Aku pun dah berfikir nak stop je insurans ni dan ambil balik semua hasil pelaburan. Sebab aku bukan menabung untuk masuk hospital je..
Bulan2 dan nak dekat RM200. 6 bulan sekali kena bayar amother RM250 untuk Prulady insurance. Yang tu aku tak nafikan banyak betul aku dapat faedahnya. Masa kawin, masa lahirkan anak.
Now aku nak jumpa balik ejen yang ke-3 sebab ejen pertama Darul dah tak kerja dengan Prudential. Ejen ke-2 dah meninggal dunia bulan 10 tahun lepas. Jadi aku nak kena bertemu ejen baru pulak. Makin aku tangguh pertemuan makin aku nak stop je..
Bukan banyak sangat pun tabungan tu. Tapi aku still berbelah bagi ni...hurmmmm..
Khamis, 5 Mei 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.