Selasa, 24 Mei 2016

CCM: Kemaman, Kuala Terengganu Dan Merang

Selepas bangun pagi dan iron baju sambil dihembus angin laut yang mendamaikan.. bak kata adik ipar 10 helai baju pun sanggup iron..kami ke pusat penyu bersebelahan Club Med Cherating.






Penyu2 ni kalau nak dilepaskan boleh booking time jam 6 petang ke 7 pagi. Kalau hari mendung lebih awal masa untuk dilepaskan. Seekor RM5 je tapi minimum kena 10 ekor. Jadi RM50 la minimum nak kena belanja.

Penyu2 besar pulak starting price  from RM2,000 untuk dilepaskan.


Masuk adalah percuma. Saja bagi pendedahan pada Aqlan.

Kemudian jalan kaki depan sikit tengok pintu masuk ke Club Med. So ada pantai terbuka sikit aku pun bergambarlah. Cantik betul Club Med. Tak mampu nak masuk. Katanya sekarang satu kepala dah RM800 atau lebih.

Laid back sangat aku. Perut membuncit pun tak kisah...asalkan feeling penuh kegembiraan di tepi pantai.

Kemudian kami pergi Kemaman makan di Hai-Peng Kopitiam. Sedap roti dia...













Kami masuk LPT. Solat Zuhur di Paka. Teruskan hingga ke Kuala Terengganu nak cari ketupat sotong. Tak jumpa pulak kedainya kalau ikut carian AZ Selera Timur. Sudahnya ke Pasar Payang dulu beli kain. Kemudian ke Waterfront minum petang.

Ye aku agak aneh posing depan parking bertingkat di bandar Kuala Terengganu. Habis tu tak pernah nampak kat KL. Hahahaha Zcat dan Jija pun sama. Kami turun semata2 nak bergambar dan siap ambil video. Aku siap kena hon dengan seorang driver sambil dia pandang aku sengih2. Haaaa lahhhhh...aku siap ikut wanita dibelakang tu untuk tunggu dapatkan keretanya. Hahaa..tak tahulah berapa parking caj.

Orang nak beli kain dia sibuk nak mainan. Belikan jugak supaya dia tak bising. Kak Ma baik punya layan. Hehe..kak Ma sanggup datang payang sebab kami tak dan ke rumah dia.

Beli kain batik sutera dah macam kemestian kalau datang sini. Sepasang sudah. Kedai ni nama Muiz Batik nombor 20.

Go pro pic..dah petang.

Seronoknya kami ni semua gambar2 dari hp Imran anak buah aku yang buat peace yo tu. Dialah yang duduk jaga Aqlan masa kami shopping. 

Oklah dah nak bertolak...selepas cuci berak Aqlan. Sempat lagi kan.. padahal masa sampai dah tukar diaper betul2 lepas parking. Hurmmmm. 2x ok.
Kak Ma siap cakap nak ikut kami balik ke hotel je kalau boleh. Siap cakap balik nanti naiklah bas. Tapi anak dia masih ada seorang yang bersekolah.

Usai sudah kami terus ke Merang. Tak booking apa2 penginapan pakai redah je ke Merang Suria Resort. Penuh. Jadi kami berdoa biarlah dapat yang lain pulak. Akhirnya kami berjaya dapatkan bilik di Sutra Beach Resort.

Lepas bersihkan diri dan mandi..order je makanan sebab dah malas nak keluar. Penat sangat.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.