In

Apakan Daya Semuanya Kena Cancel

Hahahahaha...gelak untuk merawat hati. Sedih dalam hati kuhiburkan hati sendiri.

Tiba2 adik ipar aku tanya.."abang ada cakap apa2 tak...? Pasal mama.."

Aku pun buat telahan aku macam biasa. Semuanya salah. Pastu aku gelak2. Rupanya satu pun tidak malahan tak terfikir sama sekali.

Mertua aku dah 2-3 minggu dok risau pasal kami nak naik belon minggu depan. Katanya dia cuba untuk hindarkan perasaan tu tapi makin lama makin kuat dan dia rasakan something bad will happen to us. Jadi 2 beradik ni tersepit. Dan laki aku lagilah risau pasal aku yang akan sedih gila jadi dia terus balik rumah lepas majlis makan2 kat ofis dia.

Ya aku sedih....sebab aku dah buat persediaan macam2. In fact aku nak kemas dulu dah baju2 Aqlan sebab dia punya barang paling kena ambil pusing. Malah hari2 kami dok bercerita sikit2 pasal percutian ni...

Jadi aku pun terbawak2 dengan makan ice cream hampir satu tub. Aku memang suka ice cream pun. Dan biasa je kalau makan sorang2 satu tub tu. Tapi hari ni terlebih emosi lak. Anak aku yang tak tahu apa2 tu join makan ice cream sampai comot macam pakai misai palsu. Hahahaha.


Terus laki aku buat cancellation hotel dan air fares. Hotel dapat full refund. Air fare dapat voucher la... laku dalam 3 bulan. Ikutkan tak dapat sebab beli promotion price tapi sebab waktu balik diorang tukar time jadi kami boleh gunakan alasan tu untuk tuntut balik.

Bila malam aku pun cakap dengan Zcat aku pun ada terasa 2 hari lepas macam takkan jadi pergi ni tapi aku malas nak layan. Kadang2 berat hati kita ni membawa kebaikan kepada kita kelak. Tak tahu apa rahsiaNya. Lebih2 lagi permintaan untuk tidak pergi dari perasaan hati seorang Mak. Hanya yang jadi mak2 je tahu perasaan ni.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...