Isnin, 23 Mei 2016

CCM: Temerloh, Cherating Dan Kemaman

Kami mulakan perjalan jam 1 petang dari rumah. Sebab semalam ada budak dengan perangai special dia sebagai budak bila kita mengemas beg untuk persediaan percutian selama 5 hari 4 malam. Banyaklah kena bawak. Kalau naik flight memang separuh je kot bawak dari apa yang dikemaskan. Haha.

Alas perut dengan tose dan roti canai yang dibungkus balik. Aku kirim je dengan Zcat dan adik ipar masa diorang pergi hantar kucing2 sebab nak bersiap dengan Aqlan. Kuah tose langsung tak ada. Sedih...ok.


Solat jamak di stesten minyak Petronas selepas Durian Eco Resort.

Kemudian kami pergi Go'Bang Maju kat Temerloh. Adik ipar teringin nak rasa patin. Dia ni macam mak aku jugak. Tapi lagi extreme tak gemar hampir kebanyakan ikan. So mula2 dia test Zcat punya ikan...sekali nak mangkuk dia sendiri tanak share dah. Hahaha.



Kami check in di Eastana Cherating Beach Resort. Haha takdak orang. Rasanya 3 tetamu je. Kemudian sempat ke pantai sebelum masuk jam 7 malam. Kalau jalan kaki 5 minit sampai. Tapi kami naik kenderaan dan pergi yang jauh sikit.

Image dari www.mrsfiza.com sebab kami langsung lupa nak ambil gambar chalet ni. Yang pasti kami ambil bilik dari jenis chalet ni. Sesuai untuk 4 orang sebab dapat 2 katil queen.






Ni dari go pro Jija
Aqlan like; i don't care..

Siap mandi dan solat jamak kami cari makanan di Kemaman. Cari kedai yang diingini tutup. Akhirnya kami makan kat Warung Aziz Satar. Namanya memang macam tu. Aqlan pulak tidur nyenyak. Layanla keropok sedap dan air carrot susu.






Lepas hantar adik ipar yang mengantuk sangat kami ke rumah abang Bad. Tak jauh mana. Saja jumpa. Masa ni Aqlan dah bangun. Seronok sangat dia.


Pergi stesen minyak selain nak pump minyak jumpa jeli kelapa. Layan la...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.