Sabtu, 14 Mei 2016

Minum Petang Di Mandarin Oriental

Ok macam biasa..aku jugak yang sampai dulu. Heyyyyy bini2 orang ni...rasanya "handbag" aku lagi mencabar nak menjaganya. Tapi laki aku sanggup hantar aku sampai depan MO jadi aku pun rasa happy la takyah aku bersusah payah naik train ke or jalan kaki dari KLCC - kalau dia letak aku kat situlah.

Zcat juga sanggup jaga anak demi bagi peluang kat aku untuk berjumpa dengan kawan2 lama untuk tempoh yang lebih panjang. Maklumlah jumpa 2x je tahun lepas. Tahun ni baru pertama kali. Busy bebeno diorang ni.

So kalau nak balik nanti sama ada naik train atau tumpang kawan aku ke atau laki pun sudi jemput lagi...hehehe.

Tak lama aku tiba, Reen tiba. Lama tunggu Ann kami pergi order dulu. Kami lepak kat Lounge On The Park. Sebab nak hi-tea. Maka aku order Royal Mint Tea dari TWG. Pelayan sangat mesra dan amat melayan la.

Sudahnya layan gambar je dulu sebelum next story.

Ni untuk tunjuk kat Ann bahawa kami dah minum teh dulu. Sebab dah lapar juga.

Bila Ann dah tiba terusla sesi bermula. Walaupun sebelum tu dah ada unsur2 tak sabar nak bercerita. Lama sangat tak jumpa. Tapi aku siap cakap hold dulu kalau tak kena repeat buat penat je.



Inilah rupa tiernya. Ada 12 jenis dessert dalam pelbagai bentuk.





Kiss kiss dari kepingan coklat putih.


Dah lepas solat Asar siap2 kat suraunya yang cantik kami sempat lagi bergambar. Selamba si Reen tanya siapa2 yang dekat dengan kami tolong ambilkan gambar. Sampai bateri aku kong la. Sebab mostly gambar ambik guna handphone aku..



Ni gambar2 hasil dari handphone Reen.


Pakai kasut macam ni senang nak bergerak. Nak pakai heels memang aku malas walaupun datang tempat macam ni. Sebab lepas ni kami nak ke KLCC.


Orang kat KLCC punyalah ramai..I'm done with the people. Nak ke surau pun bersesak nasibla bawak telekong tak payah queue terus zap zap zap sampai depan sekali.

Kami sambung minum kat Starbucks pulak dan ya panas kat situ...lalalala. Tapi aku dan Reen siap makan lagi satu sandwich roll.

Memang tak shopping apa. Takda apa yang nak dibeli. Sebenarnya 2 orang perempuan ni nak mencuba pakai bedak The Face Shop yang aku guna. Siap nak beli. Tapi kat KLCC takde kena pergi Pavilion. Jauh sangat katanya. Aku pun suruh diorang pergi IOI City Mall sebab aku selalu beli kat sana dengan seorang staff nama Azura. Kirim2 aku tanak sebab biar Azura tu tengok kulit diorang mana yang sesuai. Aku kulit kering okay. Hahaha...nampak tak makaud sebenar aku kat situ.

Tak kuasa nak pakai segala mekap dah. Dah nak balik.


Simpanlah rahsia dan jagalah keaiban kawan anda. Kerana jika anda memungkirinya itu mungkin jadi sebab pengakhiran sebuah persahabatan. Walaupun terjalin lama.
Aku dihantar balik oleh Ann dan laki dia Faizal. Sebab lepas tu dia terus shoot ke Seremban. Aii nak jumpa lagi sebab nak tempah baju Zcat kat laki dia. Kang ada yang tak sedondon di pagi raya. Hahahaha.

Next time jumpa lepas raya pulak. INSYAALLAH.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.