Isnin, 9 Mei 2016

Resipi Chicken Meatball Untuk Aqlan

Makin besar makin memilih makan Aqlan ni. Kadang2 aku pun tak tahu nak bagi makan apa dah. Sebab ada makanan yang dia dah jemu. So sebagai seorang ibu kenalah usaha juga masak apa yang ikut tekak dia.

First aku masak Zukini Goreng Atas Skillet. Aku sendiri makan pun kurang gembira. Apa lagilah Aqlan. Sudahnya aku buat chicken meatball. Kalau minggu sudah aku ikut habis resipi tu..kali ni aku olah.

Nampak tak zukini kat atas tu. Tak laku dimakan walau masak 5 jejari je. Chicken meatball kat bawah tu memang sedapla.


  1.  400gm daging ayam kisar Ayamas.
  2. Sedikit tepung ubi untuk diadun.
  3. 3 biji kentang direbus dan dilenyek.
  4. 5 batang zukini saiz kecil2. Kalau besar buat 3 cukuplah. Rebus dan lenyek juga.
  5. Keju parmesan atau mozarella yang telah disagat.
  6. Satu sudu besar garam.
  7. Setelah diadun buatkan bentuk bulat2 celup dalam serbuk roti kemudian celup dalam telur ayam yang telah dipukul kemudian celup sekali lagi dalam serbuk roti sebelum digoreng dengan api sederhana. Jangan buat besar sangat nanti kurang masak.
Bila Aqlan dah makan dan asyik minta kira dah sukses la tu bagi aku. Aiyyyy memilih sangat budak ni.

Happy tummy.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.