Saturday, May 21, 2016

Kenduri Aqiqah Dan Kenduri Tahlil

Hari ni pagi2 dah kena bangunkan Aqlan. Bila dah kena kejut dan mandi tu adalah sedikit drama kat bilik air. Layankan memang tak kemana. So Ibu is the BOSS ok. Dengar cakap!..hehehe.

Kami ke Bangi ada jemputan majlis akikah anak staff Zcat. Dalam kereta Aqlan sambung tidur pastu kena kejut lagi bila dah sampai. Kami sampai elok je semua tengah bermula.

Anaknya lelaki. Baru 8 hari baby. Kesian kena kuning. Nak cium tak dapatlah. Ambil gambar pun tidak. Aku ni bukan jenis ambil gambar anak2 orang kecuali anak2 buah aku je.

Makanan sedap2. Tapi tak boleh makan banyak sebab nak pergi next kenduri lagi nak makan lagi nanti..hehe.


Kambing masak kurma ni sedap sangat. Tender loving care cara ia dimasak.

Lepas tu kami sempat pergi ke Hospital Az-Zahrah. Zcat nak jumpa anak sepupu dia baru bersalin anak lelaki. Nak mari rumah tak tahu bila. Diorang pun masa tu dah nak check out so aku tak jumpa sebab keadaan macam tak mengizinkan. Nak angkut budak Aqlan, nak kejar pergi Sepah Puteri lagi.

Lepas solat zuhur kami pergilah ke sana. Majlis tahlil memang dah tamatlah. Diorang pun siap bersolat Zuhur berjemaah lagi.

Anak aku sampai sini dah blur2 sebab baru bangun tidur. Dah 2x terganggu tidur dia. Tapi bila nampak je bilik permainan...dah macam Kingdom of Heaven la tempat tu.

Dapur mainan sebab ada cucu perempuan kat rumah ni 2 orang. Aqlan datang je dia dah syok main ni dulu.

Dah lelaki kereta tetap kat tangan. Nasib tuan dia tak kisah Aqlan pinjam main.

Bilik berkaca kat belakang tulah Kingdom of Heaven. Anyway Aqlan pakai kurta hasil jahitan tangan aku. And i am so glad with that. Looking him wearing my handmade kurta.

Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.