Sabtu, 28 Mei 2016

Ke The Curve Ada Tujuan

Mengantuknya hari ni setelah 5 hari bercuti jauh dari rumah. Ikutkan dihati nak tidur sahaja..hahaha...kain basuh esok sahaja sebab masih tak berdaya dan ada rasa macam demam sikit.

Kami ke The Curve sebab gatal nak beli pewarna kuku dari jenama laccbeauty. Dah dibawa ke Malaysia dan boleh dibeli kat Le Tresor. Pewarna kuku ni dinyatakan telap air dan halal. So mesra untuk berwudhuk. Menggunakan bahan semulajadi. Vegan katanya. Jadi aku yang tak pernah pakai pewarna kuku ni tertarik nak cuba dan beli. Harga sebotol dinyatakan RM68. Tapi ada diskaun khas kalau beli 3. Ahhh itu semua aku dah tanya masa kat Terengganu lagi. Hehe.

So seperti biasa...kita nak satu je jadi share lah beli. Adik ipar nak satu dan kawannya nak satu. Ok aku dah kenan nombor 1981. Dah belek2  nak beli takde siapa layan kami. Aku mesej lagi  kat IG @laccmy..katanya pekerja pergi makan. Haish....so kami pergi Ma'cik Biryani sementara tu. Bila dia dah sampai dan kami dah pilih2 sambil test2 alahai kena bayar cash pulak. So nak ke ATM pulak. Jadi dah alang2 tu kami pergi solat dan makan dulu.


Aku tak beli warna ni. Tak menarik bagiku..
Lepas beli terua ke sebelah ada Guardian dan beli remover untuk pewarna kuku...pun share jugak. Hahaha..

Dah balik nak tidur. Letak kepala lelap baik punya. Zcat dan adik dia kena pergi kenduri kahwin anak sepupu diorang. Patut aku pergi juga tapi tak boleh bawak anak. Ahhhh takpelah aku tdo pun best gak..sambil2 cuci kain yang berlambak tu.

Hari ni jugak anak sulung abang Bad bertunang dengan orang Johor. Oh balik ke asal kamilah...tahniah.. gambar dari whatsapp family.



Malam diorang balik katanya ada je orang bawak budak. Siap ada kerusi kanak2 cap Ikea lagi..takpelah...aku bukan kisah sangat pun sebab penat masih ada..haha kemudian keluarlah cerita muka Zcat masuk paper. Tak tahu bila tu..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.