Khamis, 26 Mei 2016

CCM: Hari Ketiga Lepak Sahaja

Dah hari ke-3 duduk Sutra Beach tapi kami lepak tidur je banyak. Hahahahaha kemain kan bercuti kali ni malas betul nak kemana2. Tapi itulah satu je nak mandi kolam pun bila dah sarapan macam kenyang sangat. Balik bilik dulu. Tengahari sikit macam panas memang burn la kau nanti. Dah jam 3 ke 4 petang hujan turun pulak...itulah yang dapat dibaca pasal hari ni.

So lepas zuhur kami gerak cari lunch sampai ke area Mengabang. Amboi banyak betul Terengganu ni nama Mengabang dan Gong. Kami dapat makan dengan gembira..sebelum tu berialah parking van sampai 3x beralih sebab risau kena hempap buah kelapa!..


Jija nak laici berhenti kejap..

Lepas dah beli laici, tengah2 drive wiper tercabut keluar. Terus Zcat berhentikan van dan cari balik. Memang patah. So kena cari kedai bengkel kereta pulak...nasibla jumpa. Kena RM30 untuk saiz 24. Nasib sebelah je. Kata owner bengkel....hok ni last yang ada...

kat sinilah berhenti cari wiper tercabut. hahaha.

Kedai keropok yang sedap namanya keropok Bayu. Memang sedap okay. Keropok keping nak beli tapi tengok macam takde sample nak rasa. Orang beratur panjang. Nampak pekerja menguli tepung dan ikan sedang buat keropok. Ada yang direbus ada yang digoreng. Hujan dah turun renyai2 masa tu.





Sampai Sutra, masih hujan...tak dapatlah lompat kolam. Tapi dalam jam 5.30 petang akhirnya dapat jugalah. Aku memang tak masuk laut memandangkan keadaan muka bumi laut yang agak membahayakan aku yang tak pandai berenang ni.








Bila dah malam kami keluar cari dinner pulak. Konon nak pergi Pok Nong. Dah sampai tutup. Barulah nak tengok website pukul berapa operasi. Rupanya dari jam 3.30 petang sampai jam 8 malam je. Sudah cari makanan lain je. Google lagi mana kedai sedap...jumpa NR Cafe...oh tu dekat je sebelum kedai Pok Nong lagi. Patah balik dan makan kat situ je.


NR cafe

Aqlan pulak tidur jadi kami parking van tepi dan makan di meja yang paling dekat. Nak masuk dalam memang tak. So pekerja berialah mengelap meja. Dan ya ada semut api pulak main gigit2 kaki. Aku mula tak kena..asyik adik ipar je kena. Last2 kena gak gigit.

Kami tak tau nak order apa. Jadi aku nak makan ikan dan tanya apa jenis resipi siakap diorang masak? Sekali dengar Harimau Menangis terus aku order je. Nak order tomyam kelapa style Thai tu takde kelapa pulak. Bukan kelapa biasa ya...sian Zcat dia suka tomyam camtu.

Bila makanan sampai...kami makan jelah... sedaplah pulak...paling syok hirup kuat siakap Harimau Menangis. Ko mampu tahan diri? Istimewanya ada hirisan mangga didalam tu. Sedapnya patut korang order kalau pergi sini.





Untuk Aqlan tapau nasi goreng cina je. Balik biasa dia bangun dan lapar. Layan jelah permintaan budak Aqlan ni.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.