Last day sarapan pagi....ada nasi dagang. Tapi bila makan tu sedap lagi kak Ma masak. Ok aku pun pandai masak. Lalalala. Banyak tul songeh kan. First day breakfast makan kerabu, 2nd day nasi minyak..3rd nasi dagang. Hari2 bertukar menu berlainan, aku suka..yang pasti kopi wajib minum. BTW kelihatan dah penunggang2 kuda sampai dan berborak sakan.
Sebab nak gerak awal dan sambung shopping kat Payang jadi kami keluar awal. Jam 10.30 selepas bergambar buat kali terakhir dalam resort ni. Kalau ikut hati mahu aku terjun dalam kolam..
Kata Waze kami akan sampai KL jam 6 petang. Aha. Tengokla berapa jam kena tambah bila asyik menyinggah. Kata bercuti kan.
Mak mertua kirim beli serkup kedut2 tu lagi. So instead of beli tu je....tu je....adik ipar aku terpaku kat sebuah kedai batik once turun dari tangga tingkat 1 lepas parking area. Memang depan2 tu kat corner lot. Lupa lak nama kedai.
Kemain suruh owner ke pekerja ke turun2kan kain2. Aku dah gelak2 duduk atas bangku layan aircond. Bila dah dapat harga murah gilerrr aku pun terjebak. Ciss aku dah beli padahal masa hari Selasa lepas...apa lagi cari yang paling exclusive lah sebab harganya nak cecah RM400 sepasang. Coraknya satu je. Kau..... memanglah nak beli...kan. lagi satu sebab dia terima kad. Cash dah habis kami ni.
End up sampai 4 pasang kami beli. Nasib aku sepasang je. Adik ipar beli untuk mama sepasang..dia sendiri 2 pasang. Hahaha lepas ni aku yang pening cari tailor. Kain mahal takkan nak jahit sendiri. Berani kau!
Lepas tu cari keropok. Tanak beli keropok keping kena goreng sebab aku malas nak masak..akhirnya beli juga. Haishhhh...
Jam 11.40 camtu baru nak gerak ke Kuantan. Nak cari puding raja...patut cari Isnin lepas tapi kata kedai tutup..
Ingat nak Zuhur di R&R Perasing tapi Ya Allah seram tempat ni. Lagi2 malam. Ni siang pun tak berani jejak. Bangunan cantik tapi sunyi. Adalah beberapa kereta tapi memikirkan nak ke tandas tu....takpe kami ke Kuantan terus je.
Sampai di Kuantan puas cari Sri Affa Restoran. Tak jumpa walau dah pusing tempat sama mengikut Waze. Last pergi solat dulu dan elok je jumpa kedainya tapi di Kuantan Parade. Terus Zcat beli 5. Satu bekas RM7. Ya Allah bekas kecil je..kami rasa kalau dapatkan kat Pekan lagi murah kot. Terus makan satu bekas share 4 orang. Haha.
Pastu cari Mango Cheese Cake pulak di Kula Cakes. Hujan turun renyai2 so Zcat jelah turun pergi beli sampai 4. Satu RM7.40. Sedapnya..so untuk dibawak balik mereka bungkuskan dalam aluminium foil. Kami makan satu share 4 orang lagi. Hahaha.
Habis sudah kami menuju ke Temerloh. Jija dah terkena dengan pati tempoyak Go'Bang Maju. Nak makam di Kuantan punya tutup pulak. Hahahaha aku gelak sebab dia cam gila nak pergi. Padahal dia benci ikan. Kes termakan ikan hanyir tak cukup masak zaman belajar dulu.
Sampai2 je kedai nampak puding raja lagi..berlambak pulak tu. Tanya harga RM10 satu..beli satu je sebab nak bagi Aqlan makan. Kat sini takde makanan yang tak pedas. Tapi dia tak makan. Oh rasa dia manis sikit. So aku tak berapa suka sangat kalau manis2. Kali ni sampai dalam jam 6.40 petang macam tu. Turn aku nak amik nasi habis pulak tengah tanak. Tunggu la lagi 10 minit kata pekerja. Adoi aku pun dah siap2 amik ikan takut habis. Hahahaha. Ok katanya tutup jam 11 malam.
Siap makan kami beli roti canai untuk Aqlan. RM1 sekeping. Budak tu dah sugar high la kot macam2 dessert dia makan hari ni. Habislaaaa...
Kami berhenti kat R&R Gombak untuk last station. Lepas tu balik. Nasib takyah pilangkan van malam2. Esok je pulangkan. Masing2 dah penat dan mengantuk giler.
Letih den menaip yo citer bercuti kali ni. Tulah instead of pergi Langkawi kami ke Pantai Timur. Dan hikmahnya ada ribut kat Langkawi Selasa lepas. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan gerakkan hati seorang ibu tentang keberatan hatinya. Walaupun pada mulanya sedih sangat kena cancel everything yang dah kami plan dan bayar. Alhamdulillah selamat..
Jumaat, 27 Mei 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.