Rabu, 4 Mei 2016

Perempuan Suka Dipuji Oleh Perempuan

benar sekali. siapa yang rasa dirinya begitu angkat tangan. ok tak nampak...

ada beberapa sebab kenapa perempuan suka dipuji oleh kaumnya sendiri. contoh paling senang...bila kawan rapatnya memuji..kau nampak cantik hari ni..hidung terus kembang kempis, sebab perasan lawa lebih dari kawan2 dalam grupnya sendiri. timbul keyakinan dan mula menikmati pujian itu. sebaliknya kalau dipuji lelaki, maka terus akan berfikir...gatal la tu nak mengorat. hakikatnya suka juga cuma kalau dia belum berpunya akan jadilah situasi buat2 mahal...tak mahu kenal tapi sebenarnya nak. ok apa aku merepek ni.???

hahaha hakikatnya itulah yang jadi pada diri aku. ditegur orang tak dikenali dengan teguran yang amat menyenangkan. lipstik awak cantik...beli kat mana? okay setiap orang kecantikan dia berbeza2 tapi kalau pandai pilih barang mekap dan menyerlahkannya dengan gaya yang betul maka cantikla pada pandangan mata kasar manusia.

terusla aku share mana aku beli lipstik dan bagitahu harga. siap compare juga dengan jenama lain yang aku ada. bukan nak eksyen ada beberapa batang lipstik je pun tapi aku punya cerewet beli...jadi aku cuma ada 6 batang lipstik je buat masa ni. 1 batang tu dah nak habis pun.

trend matte sangat berleluasa sekarang. jadi si gadis tu fikir aku pakai Silky Girl. er.....adakah sebab dia bekerja di dalam Watson's maka itu aje yang dia nampak? atau hanya nampak mekap2 jenama lain yang hanya terhad di Watson's? aku tak nafikan kalau dah kerja kat situ, mestilah beli kat situ je dah tentu dapat diskaun sebagai staff, buat apa nak tolak..ye tak?? katanya lagi saya tak suka lipstik shining2 ni. saya suka matte. aku pun sambung shining2 ni zaman dulu. hahaha..

jadi aku berceritalah....ramah tiba2 kan..padahal aku tengah rushing tu sebab something just happened to me and i need to settle it fast. nampaknya bila dah kena puji boleh lupa lak tujuan asal datang situ. hahahaha..teruk betul.

kalau ikut apa yang aku dah beli dan try - actually aku geli sikit nak try lipstik kat kedai2. memanglah conteng kat tangan nak tengok warnanya..tapi sebenarnya cara tu salah sebab tak menyerlahkan warna sebenar. jadi ya aku bantai beli bila aku rasa cantik warnanya, selalu feedback salesgirl..you pakai warna apa pun cantik. ceh nak suruh aku beli banyak la tu..sudah aku tak makan ok.

aku rasa lipstik jenis matte The Face Shop paling seronok dipakai. sebab tak terasa. senang nak cuci juga. tak kering dan tak comot. last week aku jumpa lipstik dah lama hilang..rupanya dalam drawer kereta, dah tercabut dari pemegang lipstik tu...sedih juga tapi rasanya boleh pakai je guna berus.

ok aku memang malas guna berus walaupun ada. lecehnya nak bawa macam2 kan dalam handbag tu. selalu handbag jadi macam angkat batu sebab ada satu pouch kecil penuh dengan barang mekap. ok satu lagi aku jarang mekap. sebab aku duduk rumah. tak kuasa aku nak mekap selalu. mungkin aku patut selalu pakai celak je.


tulah tak pakai lipliner kan dah comot...cisss. tapi hari tu aku pakai Voodoo by Yubiso. bukan yang ini. 
lipstik ni dah start mencair. warnya cantik...sedih.

jadi gambar2 selfie yang diambil tu kebanyakannya bila keluar on weekend. pujian dari suami tu lagi bermakna bagi aku...tapi ya aku tak nafikan aku sendiri akan puji perempuan lain kalau aku nampak dia dress up or make up cantik2. i am more to natural beauty but kalau dah mata cam panda, bibir kering menggelupas..baik mekap sikit supaya orang tak judge kita teruk2. bibir kering tak cukup air, mata panda sebab semalam layan movie sampai 2-3 pagi. ok tu dah lama tak buat. aku sekarang menjahit baju suami dan anak lepas jam 12 malam.


4 ulasan:

  1. seriously sy xpenah pun calit apa2 kat bibir....xsuka, belengas, serabut..semua ada la...huhu klu dah xsuka la kan...ngeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pandai carilah kalau nak try, kalau tak selamanya fikir semua lipstik berlengas.

      Padam
  2. Salam kak anis

    Sy dah lama follow kak anis dr zaman akak bujang lg...u know what...setiap kali kak anis review apa2 produk yg kak anis guna sy mesti terpengaruh n produk tu suitable n look good for me too..so thanks ye kak for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah. Maaf jika tak perasankan awak dik. Harapnya perkongsian pengalaman ni berguna.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.