Jumaat, 13 Mei 2016

Chek Hup Microground Colombian Latte

Sedapnya minum air ni. Kalau pesan kat kedai ala2 kafe hipster berapalah kena caj ek. Aku tak berapa gemar ke kafe2 hipster ni. Sebab dah beberapa kali try2 ehem.... takdelah sesedap mana sangat. Overpriced je lebih. Okay take note you also paid for ambiences. Gitulah kata En. Shaharuddin lecturer Marketing aku dulu. Ko nak murah..beli buat sendiri. Macam minum Milo dan makan megi goreng kat kedai mamak kan...

Kopi ni adik ipar beli tapi dia tak minum. Aku lah tukang bantai. Dia beli pun sebab mama nak rasa. Okay aku menumpang rasa dah nak 3 paket. Hahahaha. Tamak betul. Satu kotak ada 6 paket je harga RM15. Itu cerita dia.



Disertakan dengan gula perang yang diikat pasa stirrer. Aku lak dah masukkan sudu siap2. Sebab masa tu tak fikir nak minum kopi apa.



Dah sisa pun masih berbuih.  Creamy katanya.

Siapa suka kopi macam aku mestilah cuba macam2 jenis air kopi. Nak kopi extreme.. kopi o kampung letak halia hidup. Barulah Jawa sebenar. Gitewwwww.

6 ulasan:

  1. Salam Anis ... dlm kl kat kedai mana ada jual kopi ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..Saya tak tahu kat mana exactly sebab adik ipar beli kat pushcart yang jual jamu2 tu.

      Padam
  2. suker sgt semua perasa ni ... ada kawan jual kat opis skg stok dah abis kawan pon
    dah berhenti keje ..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.