Sunday, May 29, 2016

Kuih Tart Nenas Sedap Gila

Aku peminat tart nenas sejak kecil. Dulu2 tolong mak masak. Buat terap2 je dan isi filing nenas. Bila keluar tart gulung mak aku tak buat jenis tu...mak beli...so berakhirlah masa2 aku buat tart dengan mak.

Aku suka tart jenis rupa lama. Bulat2 dan diletakkan jem nenas diatasnya. Tart gulung aku kurang gemar tapi kalau banyak inti aku makan banyak jugak. Hahahaha.

Jadi Zcat tempah tart ni dari kawan IG dia. So aku ikut dia pergi collect di Sri Damansara. Tart ni dijual dengan harga RM37 dan bilangan dia sama ada 49 atau 54. Kenapa macam tu? Jangan tanya... makan je...inti nenas menggunung tu.



Selain dari beli nenas kami juga dapat ketupat kacang soya bersama sambal sotong. Yang ni free je..tapi kalu nak beli harganya RM47 ke RM49. Sedap wei tapi aku tak boleh makan pulut banyak nanti pening.


Sudahnya kami tempah lagi 6 balang. Lalalala. Aku rasa inilah tart nenas tersedap gila yang aku pernah makan zaman ni. Jangan bandingkan dengan tart air tangan Mak. Lain tu. Memori tu lain citer.

Lepas tu jumpa mak kejap je...sayang mak.
Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.