In Makan Luar

Selamat Hari Ibu - Tahun 2016

Untuk semua ibu yang awesome. Untuk ibu yang berpenat lelah mengandung dengan segala dugaan dan keluh kesah. Atau yang tiada apa2 ujian berat sebab saat melahirkan itu tetap antara hidup dan mati. Normal atau czer ke sama je.

Kami ke Publika. Nak pergi ke Benbino sebab tertarik dengan deco dan play area untuk anak2.

Zcat cakap semua tempat untuk raikan hari ibu dah fully book. Dan kalau nak buffet pun jam 4 petang dah tamat. Kami keluar rumah dah nak jam 3 petang.

Sampai Benbino, Aqlan dah tertidur. Jadi kami makan sampai dia jaga. Bila dah jaga bukan dia nak makan. Tapi nak main sebab kami duduk betul2 sebelah play area.

terletak di lot 49, G3 Blok B1. Memang kat area ni penuh dengan kids area je. Makan sambil tengok anak main2.


hujan2 pun nak minum ais kopi sedap




meatball spaghetti RM35

Kami tak pesan ni. Tapi kami terima jelah. Nanti boleh bagi Aqlan makan pun bila dia bangun. Turn up bila bayar bill mereka bagi free of charge. harga ikutkan RM20.

Zcat agak kecewa dengan isi Shepard Pie's ni. RM20 juga.





masa untuk art. free for today only.


inilah yang Aqlan pilih untuk buat. Nama tu aku pegang pencil kaler dengan jejeari dia. itupun AQL je. AN tu aku yang habiskan.

Surau di tingkat yang sama. belakang Benbino je pun. tandas pun bersih jadi ya aku agak happy. hehehe.

Publika ni banyak family yang datang. so tenang je takde kecoh2. kami pun jalan lambat2. sebelum balik sempat makan kek oren sepotong di kedai lain.

Kemudian pergi Ampang sebab Zcat nak potong rambut kat situ..dia selesa sangat. Solat di Masjid Bandar Baru Ampang dan balik.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...