Selasa, 2 Ogos 2016

Bila Memori Lama Terimbau Bersama Kawan2 Di Facebook

Aku dan FB memang ada unsur dengki sikit. Aku benci FB tapi aku kena kekalkan juga. Satu masa aku unfriend semua orang kecuali laki akulah..bayangkan dari beberapa ratus ke puluh orang je pun...haha...aku bukan jenis bangga ramai kawan di FB.

Dah berapa kali percubaan nak delete. Tapi laki aku cakap janganlah nanti i nak share resipi dengan u...haa le sejak jadi surirumah kerja memasak ni dah boleh baling2 je. Eh sikit je. Yang lain masih tengok resipi.

Pastu semalam tah tiba2 ada orang iaitu kawan sematrik UKM dulu LIKE post aku di group tahun 2011. Pergh gila aku pun dah lupa apa aku tulis. Ni pun semua pasal kami merindukan seorang kawan lama yang membawa diri ke Dublin. Maka tak memasal masuk balik request nak jadi kawan kat FB. Jangan marah na...aku ni memang ada satu perangai kepala angin sikit dengan FB. Aku punya benci FB tu macam 80 peratus. Sebab bagi aku tu medan fitnah dan gossip paling besar.

Post lama sangat ni
Post semalam..haha gembira rasa hati sebab teringat sangat mereka ni semua zaman comot2 dulu. Hahaha...dah 17 tahun kenal..

Tapi tentulah aku gembira bila dapat berinteraksi semula dengan kawan2 lama. Tapi selagi mereka menghormati hak privacy akulah..haha..privacy sangat padahal kat IG tu sibuk dok upload gambar..tu pun dah milik FB weiii..


6 ulasan:

  1. FB medan tah hape2...benci je aku nak baca semua yg ada dkt wall FB tu
    menunjuk, membangga diri, riak, sedih, pilu, duka, nestapa, benci, rindu segala bala semua nak cerita dekat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..masa aku nak berhenti kerja ada seorang kenalan lelaki cakap..baguslah jadi surirumah tapi jangan meroyan kat FB tau. Kuasa aku, baik ngadu terus semua ke laki. Kepada Allah segalanya ku adukan habis...

      Padam
  2. Balasan
    1. kau macam tak berpisah kan..? dengan FB tuh..hahaha

      Padam
    2. Tp skrg dh ok sikit la. .dh x teruk cam dolu2...hihihi!

      Padam
    3. takleh layan sangat benci je tengok tah apa2 semua nak diingatkan..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.