Sabtu, 27 Ogos 2016

,

Mencari The Sumbs Dan Karysma Di Shah Alam

Lepas zuhur baru keluar hari ni. Plan date ialah nak jumpa PS kita, Aishah. Kat mana2 je katanya asalkan di KL. Nak ambil baju. Boleh je di pos tapi sebab nak jumpa. Dia ni bekas kawan seofis. Lama sangat dah tak bertemu.

Suami terus bawak ke Shah Alam. Nak ajak makan di The Sumbs. Aku pulak apa? THE SAMBAL? Apa dia jawab balik takyah tulislah..

Pusing2 akhirnya baru jumpa. Boleh je parking luar dari area situ. Kena jalan kaki sikit. Suami ni dia jenis suka park kalau boleh depan2 kedai. Dia tak kisah bayar parking asalkan dia takyah menapak jauh dan kereta selamat depan mata.

Kami pun masuk2 area aircond. Kat luar panas. Elokla aku dapat duduk membelakangkan kipas, bahagia...

Aku mula2 pelik kenapa diorang ni makan dalam kotak? Agaknya tapau pasti tak jadi lepas tu makan dalam kedai. Rupanya itu memang konsepnya.

Laici Asam Boi





RM4.90 je churros ni..

Dahla saiznya besar dan sedap. Makanan sini memang murah. Kami pergi pun sebab suami baca kat Says.com


Selepas habis makan, ke Karysma pulak. Dah lama teringin nak pergi. Cawangan Shah Alam besar lagi dan luas sikit. So takdelah bersesak2. Barangan pun disusun lebih kemas dan teratur. Tapi masa cari jenis tali untuk dijahit buat piping sarung bantal, diorang ni macam nak tak nak je layan aku. Tapi aku tetap memaksa diorang bagi perhatian pada apa yang aku nak. Sebab mana orang sangat pun. Pekerja 5 orang. Pelanggan 2 je kot masa tu. Nasibla lepas tu dilayan juga. Hehe.

Kemudian ke KLCC bila dah confirm dengan Aishah. Sebab masa tu dia dekat Avenue K. Oklah kan.

Jumpa kat Starbucks je. Punyalah panas. Sampai Hazrey laki dia pun tanak duduk. Nasib dapat duduk dekat bar kerusi tinggi. Suami dan anak pulak dah pergi taman tangkap Pokemon. Haha. Dah last2 tu baru balik..



Dah 2x beli barang dengan Aishah. Dia PS untuk Bella Ammara, Creacion By Siti Nurhaliza, ButtonMyButtons dan Sugar Belle. IG rasmi almariebyanet.

4 ulasan:

  1. Baru tadi makan churros. Hehe.

    p/s: Berkaitan nak tukar Ejen Takaful tu, boleh call / whatsapp saya. Nanti saya cerita. 019-4522171 (HAMI ASRAFF BIN AB HALIM - Perancang Kewangan PruBSN Takaful)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erm pasal nak tukar tulah..nanti saya emel nak tanya prosedur.

      Padam
  2. konsep makn dalam kotak,kalu tak habis boleh tapau bwk balik terus
    ehahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah kaedahnya. Depa jimat banyak. Tapi kotak dia berkualiti tau.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.