In

4 Bantal Kekabu Kecil Dari 1 Bantal Besar

Hari ni terpanggil nak buat bantal2 kecil yang diharapkan suami sejak beberapa bulan lepas. Dia ni barang kita hampir semua dia suka..nasib je pakaian dia tak boleh pakai. I kan ada good taste. Haha.

So cerita bantal kecil ni aku buat dulu masa sebelum kawin. Buat kat rumah mak angkat sebab takde mesin jahit. Masa tu beli kekabu di tepi jalan je. So ada yang jadi kecil tu sebab lebihan kain.

Masa bersalinkan Aqlan, suami teman tidur setiap hari jadi untuk selesa dia pakai bantal kecil kita. Sejak tu bantal tu jadi macam hak dia pulak. Kita lak tidur banyak pakai bantal huruf U yang popular tulah..

Jadi hari ni pecahkan 1 bantal kekabu yang besar dan padat.. sebab tak sedap guna pun. Jadi dari situ dapat 4 bantal kecil2. Hehe..nak buat sarung dia esok pulaklah..

Dah tanya suami mana nak pakai bantal ni? Katanya letak kat atas katil. Ingat nak letak kat sofa tapi mengenangkan kucing2..tak sanggup nak hadap bulu2 depa. Nanti hidung gatal dan bersin2 pula.

Related Articles

6 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...