Selasa, 16 Ogos 2016

Tengah2 Malam Aku Mengemas Dan Menyusun Playroom Anak

Memang dah beberapa hari timing tidur aku dah lari dari normal. Sebab jadi surirumah, masa tidur boleh berlaku bila memgantuk. Tak mengantuk kita buat kerja lain.

Malam ni aku dah plan nak kemas playroom Aqlan. Dia punya playromm kat ruang keluarga di tingkat atas. Masa mula2 pindah masuk rumah ni laki aku bercadang nak jadikan bilik bawah sebagai playroom dia. Sudahnya bilik tu jadi pejabat laki dan bilik menjahit aku.

Kat ruang keluarga ni kami jarang sangat guna. Ada je TV Unifi. Dan jadi tempat iron baju juga. Nak iron kat bawah macam nak turun naik macam malas. Kat bilik bawah ada iron juga. Dah dulu masing2 ada rumah sewa masing2 dan barang persendirian, jadi bila dah kahwin, hampir semua benda jadi 2.

Aqlan ni laki aku kata dia ni kadang2 macam semut pengangkut. Kami kemas barang mainan dia kat luar, dia bawak masuk bilik kami sikit2. Bawak turun ke bawah juga sikit2. Cara dia macam2. Kadang2 tumpang bakul baju yang nak dibasuh. Kadang2 suruh aku pegang. Belum lagi kat tangan dia pun ada pegang. Sudahnya kerja kami kemas barang dia..dia pulak kumbah semua. Macam ada satu peèl tak boleh rumah tak kemas. Mesti selerakkan mainan di mana2 dia suka dan buat display area ikut suka hati. Nasibla umur 2 tahun lebih.

Nak kemas ni memang tak mampu buat siang. Panas..lagi satu untuk elak budak ni kacau. Sebab bila malam2 bapak dia ada boleh tolong jaga. So nak jam 12 malam aku pun start mengemas. Lama dah sepah...sakit mata aku tengok.

Ni sudut melukis..mewarna dan menconteng. Buku2 banyak dalam bilik sebab dia suka dibacakan buku2.

Ini gambar sebelum turun bawah dan kutip mainan dia. Toys kecil banyak dapat dari egg shell macam Kinder Joys tu. Haiiii kalau nampak telur yang ada mainan dalam tu tak belikan dia punya menangis...haiiiii....

Kalau nak tahu meja yang letak trailer hitam tu adalah pintu almari yang dah rosak. Aku suruh laki cabutkan semua panel besi yang terlekat dan letak 2 bangku kayu meja makan lama aku sebagai kaki meja.

Ni rak buku laki aku. Baringkan dan jadikan macam kotak mainan. Mainan blocks, puzzles, bekas telur, dan lego. Beg belakang segala mainan masak2 dan beg Mickey track keretapi. Haha dua2 beg tu mainan asal dia benda lain..dari tak guna baik aku letak mainan.

Berapa banyak Excavator aku pun tak tahulah...3 kotak melekat tu salah satunya adalah mainan yang dah tak sempurna. Ikut nafsu nak buang..tapi ikut kegembiraan anak..dia suka jadi "mekanik".

Trailer hitam tu asalnya penuh kereta2 kecil dalam rak2 dia. Tah mana yang lain tahh...

Meja Ikea ni aku letakla mainan2 camni. Ni antara mainan terawal dia. Handphone tu lama sangat dah rasa masa umur dia 6 bulan.

Aku nak menikmati pandangan macam ni lama2 kalau boleh. Aqlan...bagi Ibu chance lama sikit ya.

8 ulasan:

  1. hehe,biasalah ade ank tgh membesar ni..
    bnyk jugak koleksi mainan Aqlan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab nak dia kenal benda2 dan rasa dengan jari2 bukan setakat tengok di youtube aje..hehe

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul la anak aku sorang je weiii..

      Padam
    2. Banyak bebeno mainan nya..tu aku curious..hihihihi!

      Padam
    3. Mostly dia main kenderaan je..dah banyak kot dia buka2 jadi mekanik.. beli pun murah2 je..haha.

      Padam
  3. ok aqlan...meh kita main sama2 hiksss

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.