Jumaat, 12 Ogos 2016

Jangan Kau Ukur Dirimu Dengan Ukuran Yang Salah

aku tak bekerja sekarang. ya aku memilih menjaga anakku sendiri. semua ni bermula bila aku dan suami masing2 ada rumah sewa sendiri. dia menyewa kat Puchong, aku kat Ampang. bayar sewa masing2 dengan duit gaji masing2.

hampir setiap hujung minggu kami berulang balik ke Puchong. rumah Ampang lebih kepada rumah bekerja. aku kerja di tengah2 bandar KL, aku pernah cuba naik tren dari Seri Petaling dan tukar2 tren sampai ke Sultan Ismail. sangat melelahkan. jadi terus menyewa rumah di Ampang yang aku duduki sejak bujang ialah perkara terbaik.

sebelum itu aku bekerja di Ampang Point, jadi masa dan balik ke rumah singkat. tapi Ampang, kadang2 orang panggil trafiknya macam gampang. 3km pun kadang ambil masa sampai sejam apabila ada hari cuti esoknya...ermmmmmm..

jadi bila dah kena berpindah pejabat di Sultan Ismail, masa dijalanan makin bertambah, perbelanjaan ke tempat kerja juga bertambah. suami mula hantar aku ke pejabat, dan aku balik naik tren. sangat lelah. sesak. peluh. busuk. adoii...itu yang buat aku tak tahan. ya aku tak tahan naik kenderaan awam. ya aku pernah naik kenderaan awam pergi balik Ampang ke Bangsar. aku sudah lelah naik kenderaan awam. terutama sekali waktu tren mengalami kerosakan. jadi bila kena naik tren semula setelah beberapa tahun naik kereta, agak sukar juga. nak cakap aku manja? aku sudah puas naik kenderaan awam. aku beli kereta umur 31 tahun. hadiah terbesar untuk diriku...ada kereta sendiri.

ada orang suka naik public transport. terpulanglah. aku sudah tidak mampu...nak berebut dan bergelut dengan barisan panjang dan manusia2 yang memotong barisan dan kurang ajar. biar aku merangkak dia atas jalanraya dari berhimpit celah ketiak manusia...erk.

masa mengandung keadaan mencabar. ada masa dapat duduk, ada masa tidak. aku alami hypertension. ulang-alik ke gynea di Bandar Baru Bangi. 40km dari Ampang. tapi itu pilihan aku. setelah ada anak, masa untuk keluar rumah mesti lebih awal. mandikan anak, siapkan susu dan bekalan. suami mahu bonding kuat antara aku dan anak. dia tak beri pengasuh mandikan anak pagi2 hari. ada masa kami dari Puchong, aku sangat lelah. sebab banyak barang perlu dikemaskan,.belum lagi beberapa kali terjadi barang tertinggal dan akhirnya beli baru sebab jarak perjalanan tak berbaloi nak patah balik.

keadaan aku amat stress sekali. aku menangis akhirnya kerana tidak tahan. hal2 begini menyebabkan kami suami isteri berselisih faham. ditambah lagi aku perlu hadap bossy people di pejabat. yang kadang2 aku fikir mereka ni nak aku berhenti kerja ke..(melihat pada seorang demi seorang berhenti, mungkin dengan nasihat atau sendiri dah tak tahan - psychology attack).

jadi ya psychology attack ni dihimpun bersama masalah kenderaan awam dengan hal2 domestik (jangan tersenyum sinis..aku pasti masing2 ada had kesabaran) bila bercampur kadar stress bertambah. aku ambil keputusan berhenti kerja. masa tu aku sudah menghantar beberapa resume ke tempat lain. aku tak peduli dapat kerja baru atau tidak. gaji akhir aku cuma dalam RM3100.

aku dan suami beberapa kali berbincang pasal keadaan kewangan selepas aku berhenti kerja nanti. jadi keputusannya aku akan lepaskan rumah sewa di Ampang, sebab aku dah tiada pendapatan untuk menanggungnya. rumah dua bilik, satu bilik air itupun dah kurang sesuai sejak ada anak. walau apapun masalahnya, rumah itulah yang banyak memberi aku first experience dengan anak, mendongak, tumbuh gigi, berjalan..hehe..masih terbayang dia merangkak di tengah2 lorong rumah. mencari aku di dapur dan membuat senyuman unconditional love dia.

selepas beberapa hari berhenti kerja, aku dapat tawaran untuk interview kerja baru. agak menarik tapi aku tolak sebab jarak yang jauh dari Puchong nanti. orang yang menelefon siap bertanya, "kan ada tren?". oh tidakkk..

aku ada juga cuba mencari kerja di sekitar Puchong. tapi yang menjadi keutamaan adalah di mana hendak hantar anak untuk diasuh? ada beberapa rumah jagaan, tapi hati aku tiada respons yang baik seperti mana masa aku mencari pengasuh pertama untuk anak. jadilah aku seorang ibu yang menjaga anak sepenuh masa. dan menghadap kerja2 domestik hari2. hahaha.

ada kawan di pejabat lama ajak bekerja kembali. memandangkan mereka akan berpindah pejabat sekali lagi di Puchong. jaraknya tidak jauh, memandangkan sekarang perkhidmatan tren telah disambung sehingga berdekatan kawasan perumahan kami, dia rasa tak salah aku bekerja balik memandangkan juga begitu ramai yang berhenti kerja. hanya tinggal staff2 yang sudah bekerja lebih 10 tahun. ya aku berkerja hampir 8 tahun di sana. kalau asyik tiada penukaran pengurusan, mungkin aku masih bekerja dan lupakan masalah tren. haha.

hal ni aku adukan pada suami. katanya jangan bekerja lagi. jagalah anak itu.

jadi ya kadang2 nafsu seorang perempuan yang suka membeli-belah ni akan terkeluar juga. difikirannya, baki wang di bank masih banyak. terus terasa, selama ini dengan duit gaji ada beberapa kali beli barang tak perlu. ada harga boleh dapat murah, tapi sengaja nak cuba yang mahal sikit. tapi itulah katanya nak merasa duit gaji sendiri.

walaupun begitu, aku bersyukur masih punya suami yang mampu menanggung kami 3 beranak. kadang2 nafsu datang berbisik yang aku mahu itu, mahu ini...barang2 tak perlu..duit memberi kuasa ya, tapi kalau salah guna, duit menjadi punca dosa. jangan dijadikan duit itu berhala, mencarinya macam orang gila, menggunakannya lebih dari gila. hidup berpada2. jangan pandang atas bila rasa diri tu tak mampu. jangan pandang kekayaan wang itu ukuran untuk kesenangan. sila pandang ke bawah dan lihat orang2 susah. masih terkais2 mencari rezeki, bersyukur dengan apa yang ada.

mujahadah melawan hawa nafsu sendiri adalah jihad yang paling besar. bukan pergi ikat bom kat badan dan berani mati. mengelakkan peperangan adalah lebih baik, kecuali setelah diserang. dan perang jihad aku ialah melawan hawa nafsu.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30). 























6 ulasan:

  1. Salam singgah kak. Blogwalking sambil klik iklan nuff dan follow blog akak juga. :D

    BalasPadam
  2. mmg susah jgk nk buat kputusan berhenti kerja..
    tp semestinya itulah y terbaik n lg berbaloi..
    esp quality time dgn ank...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau fikir mati..sebab tak tahu bila masanya kan, jadi sementara masih hidup agar tak sesal yang kita telah habiskan lebih banyak masa untuk melihat anak membesar depan mata.

      Padam
  3. Dah lama ker anis berenti?
    Saya baru berenti dalam 6 bulan jer.. masih bertatih orang kata hihi. Apa pun alas an kita untuk berhenti, kita kena terima hakikat yg sebenarnya rezeki dah takde kat situ, tapi apapun Allah yang memberi rezeki tetap sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah setahun 2 bulan Mila. Kadang2 rindu nak kerja tapi fikir balik asyik menjaga akaun Company tu baik jaga akaun rumahtangga sendiri. Hehe

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.